20 Cara Digunakan Untuk Mencari Acab Yang Sesat & Hilang Di Hutan

Mohammad Ashraf Hassan (Acab) yang merupakan salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail telah didakwa hilang selepas menyedari tidak tiba di garisan penamat pada masa yang ditetapkan.

Kehilangannya dijejaki selama beberapa hari ini, namun tiada sebarang petanda dijumpai.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak membuat keputusan bagi memperluaskan skop pencarian peserta Gopeng Ultra Trail 2019 itu selepas tiada petunjuk baru ditemui.


Walaupun pelbagai kaedah dilakukan untuk menjejaki pemuda berusia 29 tahun itu di kawasan sekitarnya, namun Ashraf masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
Kaedah / kawasan pencarian yang telah dibuat sepanjang operasi.


1. Pencarian melalui trek asal 25km
2. Pencarian di puncak Batu Putih
3. Pencarian di Bukit Ratteh
4. Pencarian di semua kawasan isyarat pancaran telco
5. Pencarian di air hingga ke Tronoh Mines
6. Pencarian mengguna alat pengesan khas oleh 2 Briged


7. Pencarian mengguna tali turun tebing oleh bomba
8. Pencarian guna anjing pengesan
9. Pencarian guna imam / ustaz
10. Pencarian oleh ibu mangsa bersama ustaz
  

11.  
Laungkan Azan & Zikir Di Empat Penjuru Hutan 

Azan dilaungkan…. seorang demi sorang…. selepas tamat keempat-empat azan…  Bergerak sama-sama sambil berzikir….. selawat nabi tak putus-putus… selain baca doa pendinding diri yassin ayat9… 

12. Pencarian atas firasat rakan2 online
13. Pencarian guna drone
 


14. Pencarian guna heat detector
15. Pencarian secara rondaan motorsikal
16. Pencarian oleh unit Senoi Praaq (unit khas polis asli)
17. Pencarian oleh orang kampung
 


18. Risik balas oleh pihak berkuasa pada semua maklumat peribadi yang berkenaan
19. Pencarian oleh geng hikers
20.  Pencarian guna pawang / bomoh

Hampir dua minggu ‘hilang tanpa bayang’, rata-rata netizen masih berharap agar segala urusan pencarian Ashraf dipermudahkan dan ditemukan dalam keadaan selamat.


Semoga dipermudahkan

Semoga Allah bukakan jalan agar Acap ditemui selamat

Kredit : Hiking And Recreation Around Malaysia (HARAM)
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post