9 Aksesori Khas Yang Ditambah Pada Perodua Bezza Edisi Terhad
KHAS sempena Malaysia Autoshow 2019, Perodua Bezza Edisi Terhad diperkenalkan dan tempahan hanya boleh dibuat sepanjang empat hari saja iaitu bermula hari ini, 11-14 April.
Hanya terhad 50 unit, Perodua Bezza Edisi Terhad menampilkan rekabentuk lebih unik dan sporty menerusi kehadiran aksesori GearUp.Diambil daripada model Bezza 1.3 Premium X, model edisi terhad ini hadir dengan warna Ivory White (putih).
Berikut aksesori khas yang ditambah pada Perodua Bezza Edisi Terhad ini:
Kit badan GearUp hitam kusam dan trim strip merah
Spoiler belakang hitam kusam
Bumbung hitam
Rim aloi kelabu gelap
Cermin sisi merah
Dekal corak geometri atas bonet dan panel sisi
Sarung kerusi GearUp dengan sulaman benang merah
Ventilator udara merah
Karpet koil GearUp.
HARGA:
Perodua Bezza Edisi Terhad - RM44,890
* Harga atas jalan tanpa insurans
Aspek mekanikal dan keselamatan Perodua Bezza Edisi Terhad kekal sama, dipacu enjin 1NR-VE 1.3L dengan teknologi Dual VVT-I berkuasa 94hp @ 4,400rpm dan tork 121Nm @ 4,000rpm.
Impressed with the appearance of Perodua Bezza
ReplyDelete