Pawagam Berlumba-Lumba Tayang Avengers End Game Seawal Subuh, Berjemaah Di Panggung Wayang

Fenomena baharu dijangka akan tercetus di seluruh dunia dengan menyaksikan filem terbitan Marvel yang ditunggu-tunggu, Avengers : End Game akan ditayangkan pada tanggal 24 april 2019.


Tayangan Di Malaysia Seawal 7.30 Pagi 

Nonton Di GSC

Peminat di tanah air sedia maklum bahawa dua jenama pawagam ternama akan memulakan tayangan awal pagi pada 24 April 2019 dimana GSC akan menayangkan tayangan seawal jam 7 pagi dan diikuti oleh TGV pada 7.30 pagi.

Nonton Di TGV Imax

Namun, kami difahamkan hanya sesetengah pawagam sahaja akan terlibat dalam promosi tayangan awal ini. Ketika pengiktirafan tayangan paling awal di rantau Asia ini didominasi oleh Malaysia, nampaknya ianya tidaklah bertahan lama kerana sebuah jenama pawagam di Indonesia kini merampas kedudukan tersebut.

Cinemaxx Di Indonesia Tayang Seawal Jam 5.00 Pagi 



Nampaknya negara jiran dan sahabat kita Indonesia tidak mahu kalah apabila mereka juga bakal lakukan tayangan filem Avengers Endgame seawal jam 5 pagi pada 24 April 2019.


Jadi nampaknya kita ternyata telah tewas sekali lagi untuk menjadi yang terawal. Untuk pengetahuan korang, sebelum ini pihak GSC dan TGV juga telah berlumba sesama mereka apabila TGV umumkan akan mulakan tayangan seawal jam 7:30 pagi dan dilawan GSC yang akan mulakan tayangan pada jam 7:00 pagi.

Info berkenaan perkara ini dikongsi terus dari Cinemaxx Theater di laman Facebok mereka di mana tayangan jam 5.00 pagi ini akan berlangsung di 12 lokasi pawagam Cinemaxx terpilih di Indonesia.

Adakah pawagam tempatan TGV, MBO atau GSC lakukan 'comeback' di saat akhir? Sama-sama kita nantikan.


Kredit : Cinemaxx / TGV / GSC

Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post