Melalui perkongsian oleh Khairunnaim5 di Twitter, dia telah berkongsi mengenai hobi Abang Jeff yang mampu menghasilkan sebuah diorama kubur menggunakan hasil tangannya sendiri.Diorama kubur yang dihasilkan lengkap bersama jenazah yang ditanam, batu nisan dan pokok-pokok sama seperti kubur yang realiti.
Menurut Abang Jeff, pada mulanya ianya hanya satu hobi sahaja dan bukanlah untuk dijual. Tapi, selepas ramai yang mengetahui hasil kreatifnya, ramai yang membuat tempahan. Bagi pendapat penulis, hasil diorama kubur ini dapat menginsafkan diri mahupun masyarakat kerana mengingatkan kematian yang pasti akan berlaku satu hari nanti.
Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.
Mati itu benar, Seksa kubur itu benar, Alam barzakh itu benar, Siratul mustaqim itu benar, Syurga itu benar, Neraka itu benar.
Boleh jadikan hiasan di rumah / hadiah
Hasil diorama kubur yang telah siap juga akan diletakkan di dalam sebuah bekas kaca yang boleh dijadikan sebagai hiasan di rumah. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai cenderamata kepada rakan-rakan mahupun ahli keluarga. Kalau beri hadiah ini pada mereka memang ‘deep‘ sangat maksudnya kan?
Terkedu Sungguh Bila Dapat Hadiah macam Ni!
Kredit : Khairunnaim5 , Abam Jeff Drc
Via : Selongkar10