10 Senarai Password Buruk Tapi Ramai Orang Guna Jadi Sasaran Mudah Scammer

Pusat Keselamatan Siber Nasional (NCSC) United Kingdom telah mengeluarkan laporan berkaitan kata laluan paling teruk digunakan oleh pengguna internet, sekaligus yang biasa menjadi mangsa penggodam.


Apa yang menarik dengan laporan NCSC ini adalah mereka mengkategorikan penggunaan kata laluan tersebut kepada 5 kategori iaitu kata laluan paling kerap digunakan, nama yang biasa digunakan sebagai kata laluan, nama pasukan bola sepak yang dijadikan sebagai kata laluan, nama pemuzik serta nama karektor fiksyen yang biasa digunakan sebagai kata laluan.


Senarai Password Buruk Paling Ramai Orang Pakai 

1. 123456

2. 123456789

3. qwerty

4. password

5. 1111111

6. 12345678

7. abc123

8. 1234567

9. password1

10. 12345 

5 kata laluan paling popular (paling teruk) digunakan oleh pengguna internet secara global mengikut kategori menurut NCSC serta jumlah pengguna yang menggunakannya.



Password Pemuzik
1. Blimk182
2. 50Cent
3. Eminem
4. Metallica
5. Slipknot

Password pasukan bola sepak
1. Liverpool
2. Chelsea
3. Arsenal
4. Manutd
5. Everton

 Password Nama Orang
1. Ashley
2. Michael
3. Daniel
4. Jessica
5. Charlie

Password Watak Fiksyen
1. Superman
2. Naruto
3. Tigger
4. Pokemon
5. Batman

Menurut Pengarah Teknikal NCSC, Dr Ian Levy, penggunaan kata laluan yang sama untuk pelbagai akaun adalah risiko utama yang patut dielakkan.

Beliau menegaskan, tiada sesiapa pun harus melindungi data sensitif mereka dengan sesuatu kata laluan yang boleh diteka seperti nama pertama, pasukan bola sepak tempatan atau kumpulan muzik kegemaran mereka.

Tambah beliau, menggunakan kata laluan yang sukar untuk diteka adalah merupakan satu langkah pertama yang penting terhadap keselamatan data peribadi.


Jadi, sekiranya anda dapati kata laluan yang digunakan anda sekarang ada tersenarai, seeloknya tukarlah dengan segera.

Kredit : Wiser.my
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post