20 Koleksi Iklan Raya Terbaik 2019, Ada Sedih, Ada Drama, Ada Gelak Tawa Penuh Mesej Tersirat

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali tibanya raya, pasti syarikat-syarikat atau jenama terkemuka tempatan berlumba-lumba menghasilkan iklan raya yang sentiasa ditunggu-tunggu sebagai salah satu bentuk marketing brand.


Mesej apa pula yang cuba disampaikan dalam iklan raya tahun ini?


Jadi jom kita selongkar koleksi iklan raya yang rare, best, gempak 2019

Iklan Raya Astro Gempak - Raya Kuasa 7
Mengisahkan keluarga Apai, yang setiap seorang daripada mereka ingin menunjukkan kehebatan masing-masing bila berkumpul bersama. Namun, krisis kehilangan menyatukan mereka dan membuat mereka sedar bahawa semua orang cukup sempurna seadanya. Benarlah cinta tak mengenal siapa, bila kasih mengatasi segalanya.



Hero Setulus Ikhlas

Rangkaian televisyen Media Prima juga tidak terlepas peluang menerbitkan iklan raya untun tahun 2019 ini. Mengetengahkan tema ‘Setulus Ikhlas’ ini mengisahkan tentang seorang atuk setia melayan kerenah cucunya dan selalu membantu penduduk kampung. Mesej disebalik video ini juga sangat deep! Mengalir air mata tengok.

Ragam Perempuan Memang Lawak

Iklan raya 2019 dari Jakel juga tidak mengecewakan. Video ini mengetengahkan beberapa idea tentang ragam wanita terutamanya para isteri ketika menjelang hari raya. Macam-macam nak tukar dan beli. Ini pula reaksi si suami! Memang kelakar habis.

Leman Lebih is Lebih Over

Iklan raya dari UNIFI sangat simple. Lebih kepada konsep memberi dan menerima. Tak kisahlah sama ada kita memberi dengan apa bentuk pertolongan sekalipun, pasti kita akan dapat balik ganjaran yang setimpal. Itulah mesej yang disampaikan dari iklan raya UNIFI 2019 tahun ini.

Tumpang

Ini antara iklan raya dari PLUS yang menyentuh hati. Mengisahkan tentang seorang remaja yang ketinggalan bas di RnR ketika hendak pulang ke kampung. Akhirnya, dia terpaksa menumpang seorang pakcik lori. Tonton sampai habis dan lihat ending cerita ini. Fuuuhhhh… sediakan tisu.

Konvoi Epik Fantastik

Iklan raya dari TNB tidak pernah mengecewakan penonton. Ada saja idea baru dan fresh untuk disajikan kepada rakyat Malaysia. Wajib tonton video iklan raya dari TNB ini sebab editing dan idea sangat style habislah!

Ketupat Lejen

Nak tahu kenapa Ketupat Lejen dari Sun Life Malaysia ini dikatakan lejen? Kena la tengok sampai habis. Padat dengan pengisian mesej yang power tentang kemaafan dan berkongsi antara sama lain. Seiring pula dengan peredaran zaman teknologi sekarang ini. Maklumlah, budak-budak dah aktif main gajet. Manalah nak join buat aktiviti tradisi.

Raya Paling BerMak-Makna

Pernah tak anda lihat atau alami situasi sebegini? Apa yang anda beli mesti jiran sebelah pun nak beli juga. Pendek kata, sama-sama nak bersaing dan tak boleh kalah. Iklan raya Lazada juga tidak mengecewakan penonton. Editing dan idea sangat best! Tak percaya? Tengoklah sendiri…

Tetamu VVVVIP Haji Bakhul

DIY juga tak terlepas dari membikin iklan raya untuk tahun ini. Sangat kreatif menggunakan konsep ‘P.Ramlee’ dari filem Labu Labi. Sangat klasik! Disebalik jenaka klasik style ‘P.Ramlee’ terdapat sesuatu yang tak disangka di akhir cerita.

Ketepikan Segala Perbezaan

Mengetengahkan kisah mengenai seorang guru dari RHB Group ini juga menarik perhatian. Melihat bagaimana seorang guru percaya akan potensi yang ada pada anak muridnya. Lihat bagaimana guru ini berusaha merapatkan jurang antara dirinya dan anak murid Cina ini. Kreatif!

Ikhlas

Kisah mengenai kehidupan anak-anak di rumah anak yatim ini pasti membuatkan kita terdetik di hati untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Tidak semua manusia dilahirkan dengan kesenangan dan bernasib baik. Kepada yang kurang bernasib baik, perlulah kita bantu mereka dengan seikhlas mungkin. Video Ikhlas ini memang wajib ditonton!

Sama Sama Balik Kampung

Malaysia Airlines (MAS) juga tidak ketinggalkan untuk menerbitkan iklan raya bagi tahun ini. Berkongsi mengenai kehidupan setiap insan di dalam pesawat dan airport. Lebih menyentuh hati lagi dengan skrip yang disampaikan melalui iklan raya ini.

Raya Di Hujung Tanduk

Pernah viral suatu ketika dahulu tentang budak lelaki bersama kerbau peliharaannya. Tidak lain dan tidak bukan, adik Syukur Khamis dan ini merupakan lakonan pertamanya. Nak tahu bagaimana keakraban adik Syukur dengan kerbau peliharaannya secara realiti? Boleh layan video ini sampai habis. Terbaiklah, dik. Lakonan pun not bad.

Raya Macam Tak Raya

Perodua pun tak ketinggalan tau dalam menerbitkan iklan raya yang best untuk tahun ini. Idea sangat brilliant dan dekat dengan masyarakat kita sewaktu hari raya. Masing-masing nak duduk je dalam rumah dan malas nak keluar untuk beraya di rumah jiran sebelah. Tengoklah macam mana gang-gang ayah ini lakukan. Memang sempoi habis!

Rindu Ayah

Ramai tidak tahu akan pengorbanan setiap insan bernama ayah terhadap anak-anak. Perwatakan setiap ayah memang tegas dan nampak garang tetapi hati mereka tidak sama langsung dengan luaran. Sebenarnya mereka juga ada hati untuk dikongsi bersama. Begitulah video raya dari King’s CKT untuk tahun ini. Tonton sampai habis, pasti meleleh air mata tu.

Resipi Raya Tune Talk

Gabungan dua adik-beradik ini, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahirah menjadikan Resipi Raya dari Tune Talk lebih meriah. Jelas keakraban hubungan dua pelakon ini sangat menjadi dan menghidupkan ‘pergaduhan’ dalam naratif iklan raya ini. Best!

Deria Takbir

Iklan raya dari Maxis tahun ini lain dari yang lain. Lebih menfokuskan kepada golongan kurang upaya (OKU) dalam menyambut seruan takbir raya bersama kita sebagai umat Islam. Kekurangan yang ada pada insan seperti ini bukan penghalang untuk menyambut cahaya Aidilfitri dengan Maxis. Idea sangat brilliant! Tonton sampai habis.

Raya Ini On Time

Imigresen TV juga tidak terlepas peluang untuk menghasilkan iklan raya yang penuh dengan jiwa perjuangan mereka. Raya In On Time diinspirasikan dari kisah benar yang terjadi pada April 2008 di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng. Sekumpulan tahanan bertindak ganas dan cuba larikan diri dari tahanan akhirnya berjaya diberkas semula.

Seringgit

Seringgit juga diinspirasikan dari kisah benar tentang zaman kanak-kanak yang pernah kita lalui. Pernah tak kita merungut masa hari raya sebab dapat Seringgit? Lebih kurang juga jalan cerita dari Samsung ini, sebuah iklan raya yang padat dengan mesej berguna.

Kuih Bangkit

Iklan raya dari Malam Filem memang style habis! Dah macam filem psycho thriller. Jalan cerita dan penyuntingan video ini memang seram. Korang kena tengok sendiri sebabnya video raya terbitan Malam Filem ini memang lain dari yang lain!
Jadi, iklan raya untuk tahun 2019 ini mana satu jadi pilihan anda? Setiap iklan raya mesti ada kelebihan dan kreativiti sendiri. Mesej yang nak disampaikan pun berbeza. Tak kisahlah mana pun jadi pilihan anda sekalipun, raikan Aidilfitri tahun ini kena penuh bermakna tau!
Ambil kesempatan ini untuk merapatkan hubungan yang dah renggang. Kunjung mengunjungi rumah saudara dan saling bermaafan. Raya kan hanya setahun sekali.
Sumber: Youtube





1 Comments

Apa Kata Anda?


  1. AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post