5 Langkah Mudah Masak Resipi Ayam Masak Thai Tular Sempena Ramadan

Bila tiba saja bulan Ramadan pasti para ibu pening fikirkan juadah untuk disajikan kepada keluarga dan tetamu yang datang ke rumah. Kadang-kadang sudah biasa makan masakan Melayu. Apa kata jadikan masakan Thailand seperti dikongsi Aien Weyl yang mengiurkan ini sebagai juadah berbuka puasa pula.


Makan ketika sahur pun boleh. jadi jom kita selongkar bahan-bahan dan cara penyediaannya

Ayam masak Thai 


Bahan A (wajib)
10 ketul bahagian ayam yang telah digoreng
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 batang serai dititik
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Minyak
Sedikit air
Bahan B (kisar)
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api

 

Cara memasak


Tumis serai yang dititik sehingga naik bau. 
Masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut dan tumis sampai garing.
Kemudian, masukkan Bahan B (kisar) gaul hingga sebati. 
Masukkan sos tiram, sos cili dan air
Gaul sebati dan akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Secubit garamuntuk rasa secukupnya.

Hasilnya…



Beginilah hasil masakan Ayam Masak Thai yang mengiurkan. Rasanya memang sedap bercampur rasa pedas original Thai dan sangat sesuai dinikmati semasa waktu berbuka puasa nanti. Selamat mencuba!

Kredit : Aien Weyl
Via : Ohbulan

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post