Perasan tak kehadiran simbol-simbol berbeza pada setiap logo pada premis atau brand disekeliling anda? Apakah maksud tanda-tanda ini?
Tanda ™
Tanda ™ yang bermaksud Trademark biasanya digunakan untuk menunjukkan sesuatu logo digunakan sebagai cap dagangan produk atau perkhidmatan. Tanda ini juga menunjukkan logo itu masih dalam proses mendapatkan kelulusan pendaftaran dari pejabat pendaftar cap dagangan.
Tanda ®
Tanda ® pula ialah tanda yang menunjukkan logo atau cap dagangan telah mendapat kelulusan pendaftaran. Bagi menggunakan logo ini, pemilik logo perlu mendapat kelulusan sijil pendafataran daripada pihak pendaftar.
Tanda ©
Tanda © bermaksud Copyright yang melindungi harta intelek berbentuk idea, misalnya lagu video, filem, puisi, tesis, lukisan, foto, siaran radio, siaran televisyen dan lain-lain lagi yang berkaitan.
Kredit : MyIPO
Wah.. Bagus artikel ini sangat bermanfaat. Bagus!
ReplyDeletetrademark Malaysia
mohon bertanya.... apakah perlu apaii simbol di produk perniagaan tersebut ?
ReplyDelete