14 Peserta Kumpulan Pelawak & Selebriti Berentap Dalam Muzikal Lawak Superstar (2019)

Program terbaru di saluran Astro Warna, Muzikal Lawak Superstar 2019. Bagi yang meminati program komedi, jangan lepaskan peluang menyaksikan program realiti muzikal komedia terbaharu Muzikal Lawak Superstar menampilkan 14 kumpulan yang dianggotai oleh barisan pelawak, penyanyi, pelakon yang berentap merebut gelaran Juara Muzikal Lawak Superstar.


Program ini juga menampilkan selebriti terkenal iaitu Datuk Awie, Nora Danish dan Altimet sebagai juri tetap Muzikal Lawak Superstar.

Jadi jom kita selongkar peserta kumpulan yang berentap dalam Muzikal Lawak Superstar 2019

1. BOTAK
Achey, Abam & Black



2. BUNGA
Caca, Leez AF & Azmir




3. HEART
Daniel Lawak Solo, Azmi Caliph Buskers & Ezad Lazim




4. J-BORN
 Joey, Vicha & Khir Rahman




5. KITAWA
Nadzmi Adhwa, Tapai & Ilham Gegar Lawak





6. KRONI
Achok Chilok, Kamal Chilok & Nonie AF




7. LIBRA
Bell Ngasri, Elly Mazlein & Rahim Sepahtu




8. NEWBOH
 Tomok, Ali Puteh & Mamak Puteh





9. SEP
Eyya Gegar Lawak, Pinky Miss Lawak & Shahrul AF




10. TAMANZ
 Tauke, Man Raja Lawak & Zulin Aziz




11. TITANS
 Ain Edruce, Issey & Ammar




12. U N I 
 Fad Bocey, Atu Zero & Fakhrul UNIC 




13. VOICE
Sharif Zero, Chiwan Chilok & Shiha Zikir




14. WASAP 
 Wan Gegau, Amir Lawak & Syura




Pemarkahan
50% Daripada Juri Dan 50% daripada Undian peminat

Hos
Nabil Ahmad dan Nabila Huda digandingkan sebagai hos program berkenaan.

Pengacara Digi Extra Lawak
Dalam pada itu, pelakon Izzue Islam dan penyanyi Sissy Iman juga merupakan hos Digi Extra Lawak yang bersiaran pada hari yang sama bermula jam 8:15malam hingga 8:45 malam selama 30 minit sebelum pentas Muzikal Lawak Superstar bermula.

Hadiah
Program muzikal Lawak Superstar menawarkan hadiah lumayan sebanyak RM150,000 Juara, RM75,000 Naib Juara, RM50,000 Tempat Ketiga dan RM25,000 Tempat Keempat.

Waktu Siaran



Program terbaru di saluran Astro Warna, Muzikal Lawak Superstar 2019 bermula 28 Jun ini. Bersiaran secara langsung setiap minggu pada hari Jumaat jam 9 malam.Program ini bersiaran langsung secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) jam 9 malam.

.............

Grand Finale
MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Kesemua bintang diadili 50% daripada juri tetap, Altimet, Nora Danish dan Datuk Awie manakala 50% lagi adalah undian.


Juara : Joey, Vicha dan Khir Rahman JBORN membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Tempat kedua : UNI yang memenangi wang tunai RM75,000 dan trofi.

Tempat ketiga : NEWBOH menerima wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.

Tempat keempat : BOTAK membawa pulang RM25,000 dan beserta trofi.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang


Kredit : Astro Gempak
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post