18 Asal Usul Daerah Di Jakarta Mendapat Namanya

Dengan Wajah barunya, hari ini Jakarta genap berusia 492 tahun. Bagi mereka yang tinggal, berhijrah atau pernah melancong ke Jakarta pasti tertanya dari manakah nama-nama tempat di daerah Jakarta ini mendapat namanya ye?

Jadi jom kita selongkar kisahnya

1. Glodok

Asalnya dari kata Grojok yang merupakan sebutan dari bunyi air yang jatuh pada air pancut.



2. Senayan
Dahulunya daerah Senayan adalah milik seorang yang bernama Wangsanayan yang berasal dari Bali.

3. Menteng
Daerah Menteng Jakarta Pusat pada zaman dahulu banyak pokok dan buah-buhan yang dinamakan pohon Buah Menteng.

4. Matraman
Dahulu daerah ini merupakan rumah Sultan Agung dari Mataram maka tempat tersebut lama kelamaan disebut menjadi Matraman.

5. Karet Tengsin



Dahulunya tempat ini adalah kebun karet (getah) milik etnik tionghoa bernama Tieng Shin

6. Kuningan
Dahulunya adalah tempat menetapnya seorang Pangeran dari Cirebon bernama Pangeran Koeningan

7. Buncit
Dahulu di Jalan Buncit Raya ada seorang pegadang Kelontong (Kedai runcit) etnik Tionghoa berperut buncit yang sangat terkenal.a

8. Condet
Dahulu terdapat seorang perempuan cantik yang meminta pangeran yang ingin melamarnya untuk
membangunkan sebuah tempat istirehat dipinggir kali Ciliwung yang harus siap dlam satu malam.

9. Cilandak
Konon-Konon disana pernah ditemukan seekor Landak raksasa.

10. Blok A/M/S

Dahulu sekitar itu tempat tempat pembukaan perumahan baru yang ditandakan dengan blok mula dari hurugf A-S

11. Kalimalang
Kerana kali atau sungai yang mengalir di sepanjang jalan tersebut tidak menghala ke arah barat (Silang atau Malang).

12. Lebak Bulus
dahulu disini menjadi tempat utama penjual penyu atau kura-kura yang dijual dalam kolam
Lebak : kolam
Bulus : Penyu / Kura-Kura

13. Pondok Gede
Sekitar tahun 1775 lokasi ini terdapat sebuah rumah besar tempat tinggalnya bangsawan. Kerana merupakan satu-satunya bangunan besar yang ada dilokasi tersebut masyarakat pun memanggil tempat itu dengan nama Pondok Gede.

14. Kebayoran
Kebayoran berasal dari perkataan Kebayuran (Tempat penimbunan kayu bayur)

15. Kebagusan



Kebagusan berasal dari nama seorang gadis jelita, Tubagus Letak Lenang. Konon kecantikan gadis keturunan kesultanan Banten ini membuat banyak pemuda ingin meminangnnya. Sampai sekarang makamnya masih ada dan dikenali dengan nama ibu Bugis

16. Pluit
Berasal dari nama kubu pasukan bersenjata kesultanan Banten, dikenali dengan nama De Fluit.

17. Cawang
Ketika Belanda berkuasa terdapat seorang leftenan Melayu mengabdikan diri pada Syarikat bernama Ence Awang. Sebutan Ence Awang berubah menjadi Cawang.

18. Kali Angke
Perkataan Angke berasal dari bahasa cina
Ang : Darah
Ke :  Sungai
Perkataan ini diabdikan sempena peristiwa serangan orang etnik Cina oleh belanda [pada tahun 1740.


Kredit : VIVAcoid
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post