8 Common Sense Ketika Mencuci Baju Di Kedai Dobi Yang Ramai Terlepas Pandang

Perkhidmatan dobi layan diri semakin menjadi pilihan orang ramai terutama mereka yang sibuk dengan tugasan kerja. Walaubagaimanapun, harus kita ingat bahawa kedai dobi layan diri itu bukan milik kita dan dikongsikan bersama pengguna-pengguna lain.



Atas sebab itu, ada beberapa perkara yang perlu diambil berat sekiranya kita sering menggunakan perkhidmatan tersebut.
Bak kata saudara Andy Sulaiman di Facebook-nya baru-baru ini, ada lapan(8) perkara penting yang tidak boleh dipandang mudah untuk menjaga adab kita dengan orang lain ketika mendobi.

Adab Mendobi Simple tapi ramai lepas pandang
1. Kalau nak tinggalkan pakaian dalam mesin lepas tu nak datang balik, pastikan kau peka pukul berapa mesin tu dah berhenti. Elok aku tak masukkan dalam plastik hitam je pakaian yang dah siap tu.

2. Ada wanita dan kanak-kanak, tolong jangan tunggu pakaian kau siap sambil merokok.

3. Orang baru datang bawa bakul baju, jangan tengok beriya! Segan aku tadi ada akak tu pandaaaaang je aku. Nak check aku ada bawa boxer ke tak dalam bakul aku lah tu. Please lah.

4. Jaga kebersihan. Makan kuaci, cekedis jangan sepah-sepah atas meja. Ada orang guna meja tu untuk lipat baju terus lepas keluar dryer.



5. Kerusi panjang untuk duduk ramai-ramai. Bukan untuk kau baring atau menjulur kaki dan orang lain berdiri tengok kau main phone.

6. Ada massage chair, masuk duit kau rest dan relax. Bukan kau buat duduk saja-saja sambil tunggu pakaian kau siap. Naik serak suara amoi massage chair tu suruh kau insert coin.

7. Kalau couple, dobi tempat basuh baju. Bukan tempat kau nak bermesra, peluk, pegang-pegang hidung, cium pipi. Libas pakai jeans lembap, tahu lah nasib korang.

8 . Kot ya pun kau nak masukkan baju kau lepas orang tu tarik keluar pakaian dia, rileks je. Tak perlu berdiri belakang orang tu. Tadi aku tengok ada kakak tu malu-malu nak tarik baju kelawar dia sebab ada brader tercegat kat belakang dia.



Saja je bercerita hal ni. Tak penting mana pun sebenarnya. Aku rasa banyak masa terluang kat dobi tadi.

Dah hobi menaip kat FB, nak buat macam mana.

Jika diperhatikan semula, memang betul apa yang dikatakan oleh beliau itu. Sekiranya kita semua menjaga lapan perkara ini, sudah pasti semua orang lain juga akan dapat mendobi dengan lebih selesa dan tenang.

Kredit : FB Andy Sulaiman

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
Previous Post Next Post