Kenali 10 Jenis Susu Yang Terdapat Di Pasaran, Jangan Sampai Tersalah Beli

Siapa tahu beza susu segar, susu penuh krim, susu skim, susu rendah lemak, susu isian, susu sejat, susu pekat dan sebagai? Nak tahu jom kita selongkar



10 Info Jenis Susu Yang Dijual Di Pasaran, Ketahui Perbezaan Susu Segar, Susu Penuh Krim, Susu Rendah Lemak Dll



1. Susu Segar (Fresh Milk) 

Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya(cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.

2. Susu Penuh Krim (Full Cream Milk)
 

Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk) 

Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.


4. Susu Skim (Skimmed Milk) 

Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.


5. Krim (Heavy/Whipping Cream) 

Lemak/krim terapung yang diasingkan daripada susu asli. Heavy cream memiliki sehingga 40% kandungan lemak. Krim putar(whipping cream) pula mengandungi sekitar 30% lemak susu.

6. Susu Isian (Filled Milk) 

Susu yang lemaknya telah dibuang dan digantikan/disi pula dengan lemak sayuran(lazimnya sawit). Pendek kata, susu skim atau pepejal susu yang campur lemak sayuran. Lazimnya dijual dalam bentuk susu sejat atau serbuk.

7. Susu Sejat (Evaporated Milk) 

Susu asli penuh krim atau isian yang dipanaskan agar kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.

8. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk) 


Susu asli penuh krim atau isian tersejat yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Inilah yang banyak makan kaki rakyat Malaysia.

9. Krimer (Creamer) 

Ia diperbuat daripada pepejal susu, minyak, air, gula/pemanis tiruan, emulsifier, penstabil dan pemekat. Ada yang tiada pepejal susu pun. Datang dalam bentuk cecair, ada serbuk. Pilihan yang tidak sihat.

10. Susu Bukan Tenusu (Non Dairy Milk) 

Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.


Kredit : Twitter Kamarul Ariffin
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

3 Comments

Apa Kata Anda?

  1. good info..thank for sharing.

    ReplyDelete
  2. Artikel yang sangat berguna. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. ada 8 permainan poker menarik di AJOQQ :D
    ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
Previous Post Next Post