12 Koleksi Trend 'Bottle Cap Challenge' Jadi Ikutan Selepas Beberapa Selebriti Pun Buat

Satu cabaran internet baru telah mula mendapat perhatian di kalangan netizen. Cabaran yang diberi nama Bottle Cap Challenge itu mula tular apabila beberapa selebriti memuat naik video mereka melakukan cabaran itu. Bottle Cap Challenge memerlukan pemain untuk membuka penutup botol dengan menggunakan satu sepakan.
 

Idea tersebut tercetus dari seorang guru seni pertahanan diri Farabi Davletchin yang memuat naik videonya membuka menutup botol menggunakan kaki dan mencabar beberapa selebriti lain seperti martial artist Jean-Claude Van Damme, pengusti Conor McGregor, serta pelakon Jason Statham dan Jackie Chan yang terkenal dengan kehebatan aksi stunt mereka.



Cabaran itu terus disahut oleh peserta UFC Max Holloway yang memuat naik videonya melakukan cabaran itu dengan jayanya, kemudian mencabar penyanyi John Mayer untuk menyahut cabaran itu. Jason Statham turut berkongsi video dia membuka penutup botol menggunakan sepakannya.



Sejak itu netizen dari seluruh dunia turut serta dalam menyahut bottle cap challenge. Malah ramai juga yang memuat naik video percubaan mereka yang gagal melakukan cabaran itu.











 Kredit : Foxnews

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
Previous Post Next Post