Salah Pakai Kasut Boleh Makan Tuan, Ini 6 Tip Pilih Kasut Untuk Travel

SALAH PILIH, KASUT 'MAKAN' TUAN SENDIRI
Ramai selalunya buat silap bila nak pilih kasut ni, lagi lagi kasut yang nak guna untuk travel. Pastu kaki korang pon start lenguh la, melecet ada yang sampai tercabut kuku kaki tau!



Ini semua gara-gara kasut yang tak sesuai dengan kaki korang la. Meh baca thread ni untuk ketahui tips nak pilih kasut travel.

1. Kasut atau sandal? Kasut atau sandal ni ikut keselesaan kita sebenarnya dan aktiviti apa kita nak buat haritu. Tapi seeloknya pakai kasut la.

Sebab kasut ni lebih selamat daripada sandal. Sandal ni, kadang benda-benda kecil kat jalan ke lantai tu senang je nak selit masuk kaki.

2. Saiz kasut Sebelum beli kasut, check dulu saiz dan bentuk tapak kaki. Bentuk tapak kaki ini yang tak ramai orang tahu.

Punca kasut ‘makan’ tuan terjadi bila orang berkaki lebar pakai kasut orang berkaki panjang. So, kasut itu ketat di bahagian hujung jari kaki. Bila berjalan, kasut akan squeeze jari kaki. Itu yang buat kuku kaki tercabut.

3. Material kasut Material kasut ada macam-macam. Ada kulit, getah, kanvas, suede, dan mesh. Material mesh ni sama macam kasut sukan atau jogging yang biasa korang tengok tu la. Tapi lebih elok korang pakai kasut yang lebih ringan, selesa dan senang untuk korang basuh.

4. Kusyen kasut Kalau korang nak travel jauh, kasut yang berkusyen ni boleh bantu kaki korang untuk jalan dengan lebih selesa. Kalau pilih yang kurang berkusyen ni takut kaki tu cepat melecet. Tapak dalam kasut pon pilih la yang lembut.

5. Berat kasut Jangan pilih kasut yang berat. Nanti kaki cepat lenguh dan kita mudah penat. Nanti korang jalan pon dah tak syok pastu asyik stop untuk rest je.



6. Tapak luar kasut Cuba cari yang tapak luar kasut dia yang tebal sikit.. Tapak tebal ni lambat haus dan bagi cengkaman yang lebih kuat.

Itu sahaja yang admin boleh share, semoga bermanfaat untuk orang yang nak travel jauh ni kan.

Kredit : ErkeMalaysia

4 Comments

Apa Kata Anda?

  1. seronok baca artikel ini, terima kasih untuk perkongsian

    ReplyDelete
  2. Saya baca awal sampai akhir, boleh digunakan tips ini. Terima Kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas tips yang diberi.

    ReplyDelete

  4. JACKPOT ynag besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
Previous Post Next Post