15 Port Makan Best Mesti Singgah Di Cyberjaya, Sedap-Sedap Belaka

Bila dah sampai Cyberjaya tentunya tercari-cari tempat Makan Best di Cyberjaya. Sudah banyak tempat makan yang best di Cyberjaya kalau nak dibandingkan 5-10 tahun lepas.

Jadi kami kongsikan tempat makan best di Cyberjaya ni berdasarkan review daripada laman twitter @Twt_Cyberjaya & review daripada followers kami yang sempoi.

Jadi jom kita selongkar

1) Bawal Sempoi 


Power Sotong dia memang puas makan. Lagi padu dia punya sambal, berair mata! Bawal masih maintain rangup & isi dia ada manis2 gitu. Set sotong RM15 siap dengan nasi.
Bawal Sempoi Power, Futurise Cyberjaya. Waktu operasi 11pagi - 5 ptg. 

Reviewed by @adhaizhan


2) Chaba Restaurant 


Tomyam padu di Cyberjaya. Rasanya balance je, cukup rasa masam dan pedasnya. Beef Noodle pun boleh tahan sedap. Kampong Coffee dia kaw, highly recommended. 

Chaba Restaurant, Glomac Cyberjaya. Waktu operasi 11.30 pagi - 9.30 malam.

3) Marrakesh Restaurant 


Apa kata try Maqloubeh Lamb tu? Lambnya lembut berlemak, nasi cukup rasa. Maqloubeh is originated from Palestine yg bermaksud "terbalik". So far makan tak pernah mengecewakan.
Marrakesh, NeoCyber. Waktu operasi 10pagi - 3pagi Reviewed by
Foto @omaralattas

4) Nasi Ayam Babah 


Nasi Ayam murah dan sedap. Set Nasi Ayam dapat buah dan air. Harga bawah RM10. Kalau pergi The Chicken Rice Shop, Nasi Ayam sahaja dah RM10++.

Nasi Ayam Babah, Glomac Cyberjaya. Waktu operasi: 10 pagi - 6 petang.

Reviewed by @twt_bajet

5) Glaze Eatery, Tamarind Square 


Spaghetti Masak Lemak Cili Api dia padu, berair mata bila makan. Pedas dan sedap. Highly recommended. Menu favourite lain Salted Egg Chicken, Spaghetti Aglio Olio & Cheese Kaya Toast. Sedap.

Glaze Eatery. Waktu operasi: 8.30 pagi - 11.30 mlm. 

6) Herbs & Butter, Tamarind Square


Nasi Butter Chicken sedap gila. Rasa creamy dia just nice. Menu lain Laksa Sarawak, Laksa Johor, Dendeng Daging. Kami ada tegur sup hari tu rasa bawang, mereka dah improve la.

Herbs & Butter. Waktu operasi 12pm - 10pm.

7) Julio’s Lounge 


Yang ni aku berani recommend, memang padu food depa ni. Sedap namateyy! Cuma kalau datang weekend, lama sikit la menunggu, ramai duhh.

Julio's Lounge, NeoCyber. Waktu operasi: 12pm - 3am. Reviewed by
@adhaizhan

7) Cendol Station 


Cendol kat sini cukup rasa lemak dia, tak kedekut santan. Harga pun tak mahal. Alang2 datang sini, boleh cuba Rojak Ayam, kuah dia padu dan pekat.

Cendol Station, Prima Avenue. Waktu operasi: 11am-10am.
Foto : IG bling.ate

8) Ayam Bakar Wong Solo 


Set nasi dengan ayam bakar RM12.90. Highly recommended. Tauhu dan tempe digoreng garing. Combination kicap dan sambal ok cuma tak pedas macam kat Waroeng Penyet.

Ayam Bakar Wong Solo, CBD1. Waktu operasi: 11.30am - 10.30pm.

9) Restoran Makang 


Nak makan Nasi Dagang & Nasi Minyak sedap, boleh datang sini. Nasi Lemak pun ada. Rasa sama macam yang dimakan di Terengganu. Cuma makanan dia cepat sangat habis.

Restoran Makang, CBD2. (Waktu operasi: 8.00pagi - 3.00ptg)


10) 10 Gram Cyberjaya 


Banyak menu hipster dan kreatif di 10 Gram ni macam Secret Garden, Rainy Day, Laboratory Coffee (mix & match coffee). Rasa western food kat sini boleh tahan sedap.

10 Gram, Tamarind Square. Waktu operasi: 10.30 pagi - 10.30 malam.


11) Pastribella Bakeshop 


Bakeshop oleh Dr. Ezani, Masterchef. Macam2 dessert ada di sini. Yang kami cuba, Chocolate Salted Caramel Cake tu seriously sedap. Moist, rasa manis just nice.

Pastribella Bakeshop, Tamarind Square. Waktu operasi: 12pm-9pm.
Foto : IG pastribellabakeshop


12) Lauk Kampung 


Sesuai dengan nama kedai ni, lauk-lauk di sini sedap macam makan masakan mak-mak di kampung. Cukup rasa. Ulam2 pun fresh & banyak pilihan.

Lauk Kampung, Tamarind Square. Waktu operasi: 9am - 10pm.

13) Mad Ayam Kampung 


Tempat lunch yang best di Cyberjaya. Ada ayam kampung, ikan bakar, ikan & ayam percik, siput sedut, macam2 jenis ulam. Lagi sedap dan padu kalau cicah budu / sambal tempoyak.

Mad Ayam Kampung, NeoCyber. Waktu operasi: 11am - 4pm.


14) Pok Mat Sotong Giant 


Set menu untuk sotong & ikan bakar di kedai ini agak murah & berbaloi. Cuma kalau dapat improve kari bagi pekat sikit dan sambal bagi pedas sikit memang terbaik.

Pok Mat Sotong Giant, Glomac. Waktu operasi 11am-11pm.
Foto : IG dinzainal


15) Aroii Thai 


Konsepnya seperti Boat Noodles. Tapi kat sini setiap mangkuk berharga RM2.09. Menu dia semua sedap2. Boleh cuba Green Curry Chicken, Tom Yum Glass Noodles, Pandan Chicken, Thai Green Tea dsb.

Aroii Thai, Shaftsbury Square. Waktu operasi: 11.30am - 9.30pm.

Apalagi Cuba jangan tak cuba!

Kredit : @Twt_Cyberjaya

4 Comments

Apa Kata Anda?

  1. ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
    menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D

    ReplyDelete
  2. Terbaikkkkk!!! tq 4 Share

    ReplyDelete
  3. Hanat je komen indon atas ni. Tolongla delete judi2 ni pleasee

    ReplyDelete
  4. sotong giant tu memang best la ... lain daripada yg lain ... lepas makan boleh pergi cafe cyberjaya lain utk dessert pulak hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post