Kronologi Penuh Kes Kehilangan Nora Anne Quoirin Sewaktu Bercuti Di Sebuah Resort Di Seremban

Negara digemparkan dengan berita kehilangan seorang remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, di sebuah resort di Seremban, Negeri Sembilan.


Berikut adalah kronologi kejadian

3 Ogos 2019 

Nora Anne Quoirin, 15, remaja Ireland tiba di Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarganya untuk bercuti.

4 Ogos 2019 

8.30 Pagi
Remaja perempuan yang mempunyai masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh ahli keluarganya apabila tiada di bilik penginapannya pukul 8 pagi.

1.30 Petang
Polis menerima maklumat kehilangan mangsa daripada pemilik resort selepas dimaklumkan oleh seorang ahli keluarga remaja Ireland itu.

Polis melakukan misi pencarian membabitkan bomba dan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.




11.30 Malam
Mangsa belum ditemui dan gerakan untuk mencari diteruskan

5 Ogos 2019 

Pihak berkuasa termasuk polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal ketat kawasan Resort The Dusun Pantai Hill, lokasi Nora Anne dilapor hilang.


Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne.

Operasi SAR melalui udara dibuat di kawasan Gunung Berembun serta meliputi pesisiran Sungai Berembun.

Platun Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras turut dikerah dalam operasi SAR remaja perempuan itu.


Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop menafikan kehilangan Nora Anne sebagai kes penculikan seperti dilaporkan media asing. Kes diklasifikasi sebagai orang hilang.

Operasi SAR masuk hari ketiga, diteruskan dengan kekuatan 159 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.

6 Ogos 2019 

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi sendiri mengenai kehilangan Nora Anne.

Nora Anne dipercayai keluar dengan hanya mengenakan pakaian dalam. 

7 Ogos 2019
Polis telah merakam 20 keterangan saksi termasuk ahli keluarga bagi membantu siasatan kes kehilangan Nora Anne.

Operasi SAR masuk hari keempat, diteruskan dengan kekuatan 206 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.

8 Ogos 2019


Operasi SAR masuk hari kelima, diteruskan dengan kekuatan 247 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.


Operasi SAR mengesan Nora Anne diketuai Unit Senoi Praaq Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Khidmat helikopter Pasukan Gerakan Am PDRM digunakan dengan tambahan teknologi yang lebih canggih bagi mengesan Nora Anne.

Rakaman suara ibu Nora Anne memanggil remaja itu dengan panggilan manja dimainkan melalui pembesar suara sepanjang SAR.


9 Ogos 2019
Operasi SAR masuk hari keenam, diperkuatkan dengan kehadiran pasukan elit PDRM iaitu Komando VAT 69 dengan kekuatan dua pegawai dan 21 anggota.

Sembilan dron diguna dalam operasi SAR kesan Nora Anne.

Penduduk di sekitar pekan Pantai, Negeri Sembilan mengadakan solat hajat di Masjid Kariah Pantai selepas menunaikan solat Jumaat bagi memohon dipermudahkan operasi SAR kesan Nora Anne.



10 Ogos 2019

Operasi SAR masuk hari ketujuh, skala pencarian Nora Anne dikecilkan dari 6 kilometer (km) radius kepada 4 km radius dari lokasi kejadian.

Masyarakat Orang Asli sedia membantu mencari Nora Anne menggunakan kaedah tradisional berdasarkan kepercayaan mereka.

Keluarga Nora Anne hargai usaha petugas SAR korbankan cuti Aidiladha cari anak mereka.

11 Ogos 2019


Operasi SAR masuk hari kelapan, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata polis membuka talian hotline khas 0111-2285058 bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan Nora Anne.

Operasi SAR Nora Anne mendapat bantuan daripada kumpulan pendaki sukarelawan.

12 Ogos 2019


Operasi SAR masuk hari kesembilan, diteruskan dengan kekuatan 348 anggota dari pelbagai agensi keselamatan. 



Keluarga Nora Anne tawar ganjaran RM50,000 kepada mana-mana pihak yang dapat salur maklumat bantu kesan Nora Anne.

Pasukan polis Ireland, England, Perancis berada di negara itu membantu PDRM menyiasat kes kehilangan Nora Anne.

Sekumpulan lima pengamal perubatan Islam daripada Rawatan Tradisional Sulafusoleh menawarkan diri membantu operasi SAR kesan Nora Anne Quoirin.

Pengamal media dipelawa untuk menyertai operasi SAR kesan Nora Anne buat pertama kalinya. 

13 Ogos 2019

1.57 petang
Pasukan SAR menjumpai mayat wanita di Gunung Berembun berhampiran resort di Pantai Seremban. 


Mayat ditemui di kawasan lurah kira-kira 2.5 kilometer dari resort tempat remaja itu menginap. Ketika ditemui, mayat tidak berpakaian berhampiran anak sungai.

Mayat wanita itu ditemui sekumpulan pendaki yang turut menyertai operasi sebelum melaporkannya kepada polis seterusnya unit forensik bergegas ke lokasi bersama pasukan patologi dari Hospital Tuanku Jaafar (HTJ)



8.55 Malam
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui di Gunung Berembung adalah Nora Anne.Ia selepas keluarga mangsa membuat pengecaman terhadap mayat berkenaan di Hospital Seremban  

14 Ogos 2019

Proses bedah siasat mayat Nora Anne bermula 11.45 pagi dan berlarutan sehingga malam, diketuai pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, dibantu pakar dari Jabatan Kimia, dan Jabatan Forensik Petaling Jaya.
15 Ogos 2019

Hasil daripada bedah siasat yang dijalankan, pihak polis mengesahkan bahawa punca kematian Nora Anne adalah disebabkan kebocoran usus mungkin akibat ketiadaan makanan dalam tempoh yang lama dan stres berpanjangan. 

Hasil bedah siasat turut mendapati Nora Anne, telah meninggal dunia dua hingga tiga hari sebelum mayatnya dijumpai.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post