21 Jenis Ikan Yang Dijual Di Pasar, Jangan Tak Kenal Pula Bila Kena Suruh Beli Nanti

Kenali jenis-jenis ikan di pasar. Ikan kembung, ikan selayang dan ikan selar yang selalunya tak dapat beza kerana bentuk yang lebih kurang sama. ingatkan sama saja hihi rupanya berbeza. Jenis ikan yang mungkin sudah biasa dilihat dan didengar namanya, dan mungkin juga baru pertama kali mengenali rupa bentuk dan namanya.

Info yang kena tahu, kot kot nanti la bila Lain kali siapa yang suruh laki or anak gi kedai beli ikan, terutama lima ikan kat bawah nie, Senang sikit nak bezakan nanti.

Ikan Selar
Ikan Selar (Bahasa Inggeris:yellowtail scad) adalah sejenis spesies ikan laut kecil dan banyak terdapat di pesisir pantai


Ikan Selar Kuning





Ikan Kembung
Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial.



Ikan Selayang


Ikan Bawal
Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Ikan bawal sering kali menjadi pilihan utama sebagai hidangan istimewa di meja pengantin atau meja utama.


Ikan Tenggiri
Scomberomorus merupakan genus bersirip tajam ikan bertulang dalam keluarga ikan kembung, Scombridae. Lebih khusus lagi, ia adalah ahli Scomberomorini, dikenali sebagai tenggiri.



Ikan Tongkol
Ikan aya atau tongkol kerai, Katsuwonus pelamis, ialah ikan perciform sederhana dalam famili tuna, Scombridae. Ia juga dikenali sebagai aku, bonito artik, mushmouth, oceanic bonito, tuna berjalur, atau ikan victor. Ia membesar sehingga 1 m (3 kaki).  



Ikan Cencaru
Ikan Cencaru (bahasa Inggeris: Torpedo Scad)b erwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan keperak-perakan pada bahagian bawah. Operkulumnya mempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip yang berwarna gelap.


Ikan Layur


Ikan Kerisi
Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan terdapt di jual di pasar sebagai makanan manusia. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial.


Ikan Kerapu
Ikan Kerapu dikenali kerana bintik pada badannya. Ikan ini juga antara ikan besar dan mahal dan kerap dipesan restoren makanan laut.


Ikan Gelama
Ikan ini berwarna perak dan bergerak dalam kumpulan yang besar. Ikan ini berhabitat di persisiran pantai dan juga kawasan muara. Ikan ini biasanya bersaiz sederhana dalam lingkungan 1.5kg kebawah. Biasanya ikan ini dijadikan ikan masin dan menjadi makanan kegemaran rakyat malaysia



Ikan Merah
Ikan Merah juga dikenali sebagai ikan Siakap Merah. Warna ikan Merah pelbagai dari merah terang, hingga warna tembaga, dari warna gangsa hingga merah gelap-keperangan, bergantung pada usia dan keadaan sekitar. Ikan muda yang ditangkap di kawasan muara sering kali bewarna lebih gelap berbanding ikan matang yang ditangkap dari kawasan terumbu luar persisiran


Ikan Pari
Ikan Pari adalah bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti ikan jerung, yang merupakan pemangsa yang menggerunkan dengan rahang yang berkuasa, ikan pari jarang sekali menugut manusia dan mulutnya yang kecil bukanlah ancaman sama sekali.


Ikan Siakap


Ikan Terubuk
Dikagumi di kalangan rakyat Malaysia kerana isi dan telurnya. Penangkapan ikan yang berlebihan telah mengurangkan populasi ke tahap yang membimbangkan di Asia Tenggara, dengan pantai Sarawak yang tinggal menjadi habitat terakhir.


Ikan Belanak
Ikan Belanak atau nama saintifiknya Valamugil seheli merupakan ikan air masin. Ia juga dikenali sebagai ikan Kedera Tanda Biru. Popularitinya kian hari makin meningkat dan sekarang banyak terdapat di pasar.



Ikan Patin
Ikan bermisai yang amat terkenal di negeri Pahang ini sedap dimasak gulai tempoyak. Isinya amat berlemak dan cair dalam mulut. Kalau tidak pandai masak ikan ini, senang sekali ianya akan rasa hanyir tetapi kalau dah pro memang boleh buat tambah 3 kali nasi kesedapannya.



Talapia Merah


Talapia Hitam


Ikan Haruan
Ikan yang sering dijadikan makanan ibu berpantang mudah dikenali kerana kepalanya seakan ular dan badannya yang licin dan berlendir. Tidak musthail dia dipanggil snakehead dalam bahasa inggeris.


Ikan Keli


Haa... dah tau nama-nama apalagi boleh dah pergi pasar beli ikan, tapi nak beli ikan pun ada teknik juga nak pastikan ikan itu segar ataupun tidak kena ilmu lain.

P/S : Mungkin ada nama panggilan ikan berbeza mengikut bahasa setempat.

Kredit : BazaarBuku

5 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Nice Info, kena sangat buat ketua keluarga yang kena beli barang keperluan sempena Lockdown

    ReplyDelete
  2. Nice, Mohon Share Ya

    ReplyDelete
  3. Info yg bagus, terima kasih

    ReplyDelete
Previous Post Next Post