Cara Buat Topeng Ninja Guna Kain Pelikat, Nostalgia Sungguh

Tutorial jadi ninja guna kain pelikat I Antara permainan simple dan mudah dimainkan hanya bermodalkan kain pelikat sahaja boleh menjadi ala-ala ninja atau superhero. Tiada kain pelikat? rembatlah abang punya, abah punya ke nak rare boleh guna kain batik hehe.

Zaman-zaman sebelum gajet..dapat kain pelekat ayah ke kain batik mak ke, confirm nak jadi ninja,superman..mengimbau betul..


Jadi jom kita selongkar 6 langkah mudah buat sampai jadi ok


 

1. Ambil kain pelikat je.. Kadang2 ambik kain pelikat abah aku.. Jarang aku guna kain batik mak.. Nak mampuih?!

2. Ikat di kepala ye.. Bukan kat leher.. Karang terjerut la pulak tak bernafas, aku tak tanggungjawab!

3. Gitu la pandangan sisi kain pelikat yang diikat. Pastikan pakai seluar!

4. Tarik kain pelikat bahagian bawah tu macam ko nak bagi angin lalu..

5. Tarik kain pelikat tu menutup kepala ko.. Time ni kain pelikat nanti menutup habis muka ko, so tak nampak la pak mentua ke, atau bini lalu.

6. Tarik sikit kain pelikat tu untuk buat bukaan.. Baru la boleh nampak mata dan baru la ko boleh berlagak jadi ninja atau 'superhero'.


P/S : Simple kan, cubalah pasti meninggalkan kesan. Selain dibuat main boleh juga kalau hati tema atau ada hari keluarga kena jadi ninja, bolehlah digunakan idea ini nanti kan.

Kredit: Muhammad Azmi Ismail

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post