15 Common Sense Seorang Student Perlu Peka Untuk Jadi Roomate Yang Baik

Kalau kita tinggal di kolej kediaman, pastinya kita akan berkongsi dengan orang lain yang pasti ada beberapa adab atau 'Common Sense" yang perlu kita take noted sebagai seorang 'roomate'.

Gambar Hiasan : News Street Times

Menerusi perkongsian dari laman facebook University of Malaya Confessions, telah menyenaraikan 15 common sense yang student perlu peka apabila bergelar status roomate tinggal dengan orang lain sebilik.
"Hi pelajar UM, hari ini aku nak ajar cara menjadi seorang ROOMATE yang baik.

1) Sentiasa jaga kebersihan dan kekemasan bilik. Kalau kau ni jenis manusia yang ada banyak baju macam nak bukak bundle, pastikan setiap baju kau tersusun elok dan jangan letak merata-rata. Kalau hilang kang meroyan.


2) Kalau nak dengar lagu atau tengok movie pakai earphone.
Tu fungsi earphone actually. Jangan ingat roomate kau yang lain berminat sangat nak dengar apa yang kau dengar.

3) Bilik adalah tempat privasi untuk nak berehat setelah stress di fakulti. So, kau janganlah nak ajak member-member kau yang lain datang lepak dalam bilik. Kalau kau nak buat study group or group discussion, silalah pergi ke LIBRARY atau tempat lain.

4) Ambil barang tanpa pengetahuan pemiliknya boleh didefinisikan sebagai mencuri. So, kalau kau nak guna barang roomate kau tolong inform dia dulu. Jangan ingat harta roomate harta kau.

5) Lampu dicipta untuk menerangi tempat yang gelap. Tapi tak bermaksud kau buleh buka lampu sesuka hati kau bila roomate kau nak tidur. Kalau kau ni jenis suka stay up silalah beli lampu study supaya tak terganggu tidur roomate kau.


6) Makanan adalah keperluan asas manusia. Bila kau makan apa-apa, share la sikit dengan roomate kau atleast walaupon tak kenyang dia akan rasa seronok sebab dapat roomate yang pemurah. ( Ini adalah sekadar common sense)

7) Bila kau layan video kelakar, jangan la ketawa mcm dunia ni kau sorang yang wujud. Cover-cover la sikit.

8.  Bila roomate kau nak solat, hormat la sikit. Jangan sesuka hati kau buka lagu atau jalan ke sana sini smpai langgar dia.

9) Kalau nak pergi makan di kafe, ajak la roomate kau. Jangan bagi dia makan sorang-sorang. Dah la dia single, jangan bagi dia jadi forever alone.

10) Kalau kau ni jenis yang badan berbau,baju berbau atau apa-apa la daripada kau yang berbau, rajin-rajin la pakai pewangi. Jangan sampai roomate kau pakai mask dalam bilik.



11) Setiap kolej menyediakan penyidai kain untuk pelajar menjemur baju.
So, kau turun la pergi jemur baju di situ. Jangan sidai baju kau penuh dalam bilik !! Bau sabun tu buleh buat roomate kau pening. Baju kau tu harga bukan ribu riban.

12) Bernyanyi dapat menghilangkan stress. Tapi bila kau bernyanyi dalam bilik, roomate kau buleh dapat depression. Kalau rasa nak bernyanyi tu buleh pergi karaoke.

13) Bilik kat UM ni bukannya sebesar dewan. So kau jangan bawa barang kau banyak sangat smpai roomate kau nak gerak pon susah. Bawa sekadar keperluan je.


14) Pintu bilik di UM masih mempunyai ciri tradisional.
So kalau kau keluar, tutup la balik pintu tu. Bukannya pintu tu ada sensor canggih yang buleh tutup sendiri.

15) (SPECIAL CASE) Kalau kau ada hati kat roomate kau, tahan la nafsu kau tu. Jangan buat benda bukan-bukan pula yang buleh buat dia rasa tak selesa. Anggap ini dugaan dan sentiasa dekatkan diri dengan Allah.

SEKIAN..Kalau ada yang tertinggal sila tambah.

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajoqq^^com...
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete
Previous Post Next Post