6 Kesalahan Terbesar Orang Muda Dalam Menguruskan Kewangan

Pelaburan sememangnya sesuatu yang menarik perhatian, apatah lagi mendengar kejayaan demi kejayaan yang diunggah dan dipamerkan. Beli saham pastu guna duit tu beli kereta? Melabur dengan beli rumah pastu sewakan? merupakan antara pelaburan yang kita dengar menarik dan berhasil.

Tapi korang tahu ke apa kesalahan yang mungkin korang buat terutama No.4 ?


Jadi jom kita selongkar..

1. Belanja dahulu baru simpan 
Ini sangat bertentangan dengan falsafah menyimpan. Mereka hanya menyimpan berapa baki yang tinggal selepas berbelanja dan bayar semua perkara. Kena tentukan berapa percentage utk disimpan dan baru belanja. Perlu ingat simpanan untuk kecemasan sekli

2. Tidak fokus kepada compounding interest 


Ramai orang terleka dengan pelbagai mekanisma perlaburan sehingga lupa teras yang sebenar. Yang membuatkan duit itu bertambah dan melawan inflasi adalah dengan cara compounding. Mula awal dan dapat nikmati faedah dengan lebih baik

3. Berhutang untuk melabur


Tanpa memahami risiko sebenar, ada yang mengambil personal loan untuk melabur tanpa memahami objektif sebenar, nilai sebenar yang mahu dicapai. Warren Buffet pernah cakap,"Invest in knowledge first". Bukan ambil master, tapi fahami selok belok dulu

4. Beli sewaktu overvalued 


Contohnya: beli saham blue chips sewaktu overvalued already. sampai nanti terpaksa exit with loss. Kena tahu di mana yang patut kita mulakan dan bukan hanya rasa saham besar patut dibeli. same goes to people yang minat property investment

5. Terlalu fokus pada pulangan 


Yang paling penting adalah risk management. Kena tahu berapa banyak kita sanggup rugi. Kena tahu dekat mana kita patut exit. Lose money or make money. Terlalu ramai yang hanya fokus berapa banyak pulangan yg mahu dicapai tanpa fikir risiko

6. Tunggu sampai menyesal 


Untuk golongan masa sekarang, perlaburan bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan. Inflasi mengatasi kos sara hidup sekarang. Akan tetapi, jangan terperangkap sehingga jatuh ke lubang kerugian. fahami perlaburan. jangan semberono mengikut trend semasa

Kongsikan ilmu ini kepada kawan-kawan, pasangan, dan keluarga supaya lebih berhati-hati dan tidak mengalami kerugian. Ilmu perlu dikongsi untuk manfaat bersama. 

Kredit : @twt_bajet  

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post