6 Selebriti Yang Menamatkan Pengajian Konvokesyen Sepanjang Tahun 2018

Tahun ini ramai selebriti tanah air yang telah menamatkan pengajian dan berjaya menggenggam segulung ijazah. Kesibukan sebagai seorang selebriti tidak menghalang mereka meneruskan impian menamatkan pengajian. Tahniah Diucapkan. Ada yang meraih Ijazah Sarja Muda sehinggalah PhD. Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada yang lain.

Jadi jom kita selongkar antara selebriti-selebriti Malaysia yang berjaya menamatkan pengajian sepanjang tahun 2018

Sufian Suhaimi 
Penyanyi Sufian Suhaimi menerima Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi Massa pada Majlis Istiadat Konvokesyen ke-89 di Universiti Teknologi MARA (UiTM)



Naim Daniel
Pelakon dan penyanyi Naim Daniel yang berhempas pulas membahagikan masa antara aktiviti seni dan pelajaran itu kini berbangga apabila dia berjaya menggenggam diploma dalam bidang muzik.
   


Dia Fadila
Penyanyi Dia Fadila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Seni Persembahan Muzik dari Pusat Kebudayaan Universiti Malaya

 

Sissy Iman
Sissy Iman, 22, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kelas Pertama pada majlis konvokesyen Ogos lalu. Dia mencatat keputusan cemerlang dalam bidang Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dengan himpunan purata nilai gred (CGPA) 3.85.

 

Fitri Saari
Atlet hoki negara, Mohammad Fitri Saari, 25, turut menerima menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan sempena majlis Konvokesyen Universiti Malaya (UM).



Pandelela Rinong
Atlet terjun negara, Pandelela Rinong Anak Pamg, 25, menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan sempena majlis Konvokesyen Universiti Malaya (UM).


Tahniah diucapkan, Ini baru betul beauty with brain. 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post