8 Langkah Lengkap Cara Daftar Maybank2u 2019 Secara Online

Cara buat Akaun Maybank2u Secara Dalam Talian

Langkah 1
Untuk mengaktifkan atau membuat akaun maybank2u onlinanda perlu ke website maybank2u.com.my terlebih dahulu.
  • Sila klik sini untuk ke website maybank2u online.
  • Sila rujuk gambar dibawah untuk penerangan atau paparan yang lebih jelas.
  • Sila ke menu Register Now”seperti dalam bulatan.


Langkah 2
Seterusnya anda akan dibawa ke paparan berikut:


Langkah 3


Pada tahap ini anda perlu: 
  • Masukkan nombor kad atm/debit anda. Kad ini mempunyai 12 nombor. Masukkan 12 angka tadi secara berterusan (sila rujuk paparan dibawah).
  • Masukkan nombor pin 6 angka (nombor pin adalah sama dengan nombor pin kad ATM/Debit anda ).
 

Langkah 4
Kemudian anda akan dibawa ke paparan seperti berikut. Dalam paparan ini, anda diminta untuk memasukkan:
  • Username: (Nama Pengguna) Contoh – gagakhitam88
  • Password: Perlu mempuyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, Nombor dan simbol. Contoh: Abu143@!0 (sekurang-kurangnya 8 aksara)
  • Confirm Password: Masukkan sekali lagi password yang sama ( Contoh: Abu142@!0 )
  • E-Mail: (Email anda) Contoh: ahmad94@gmail.com
  • TAC:  Nombor Tac
Penting: Sila klik “Request For TAC”. Selepas itu nombor TAC akan dikirim ke mesej telefon bimbit anda. Masukkan nombor TAC 6 digit tersebut ke ruangan “TAC”.
Selesai mengisi maklumat diatas, sila klik butang Next”.
 

Langkah 5
Dalam paparan ini, anda diminta untuk:
  • Image: Memasukkan gambar bagi tujuan keselamatan.
  • Security phrase: Perkataan bagi tujuan keselamatan-Apa sahaja perkataan contoh: Saya Hensem.
  • Memorable Question: Kemudian anda perlu memilih 3 soalan dan menjawab soalan tersebut. Pastikan anda menjawab kesemua soalan dan simpan butir-butir jawapan anda untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.
Langkah 6
Setelah pemilihan gambar,security phrase dan menjawab kesemua soalan, sila klik butang “Done”.

Langkah 7
Kemudian, anda akan di bawa ke paparan seperti berikut. “Successful” bermaksud anda telah berjaya membuat akaun maybank2u.
Langkah 8

Sekarang anda boleh login ke akaun maybank2u anda dengan menggunakan “Username” dan Password yang telah anda masukkan dalam langkah 4 diatas.

Cara login Ke Akaun Maybank2u

Setelah selesai proses membuat akaun maybank2u anda. Anda perlulah “pandu uji” akaun anda.
Langkah 1
Sila ke laman web maybank2u.com.my.
Langkah 2
Kemudian klik menu “Login”.


Langkah 3
Masukkan “Username” anda.


Langkah 4
Apabila anda dibawa ke paparan berikut, pastikan gambar yang terpapar serta “phrase” adalah betul (gambar dan “phrase” yang dipaparkan adalah sama seperti yang telah anda pilih semasa proses pendaftaran maybank2u tadi).


Langkah 5
Apabila akan dibawa ke paparan berikut, anda kini telah berjaya masuk ke dalam akaun maybank2u. Kini anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang dan sebagainya.

Penting: Anda haruslah menyimpan atau merekodkan semua maklumat seperti kata pengguna, kata laluan, gambar,  nombor dan soalan keselamatan serta email yang anda gunakan semasa proses pendaftaran untuk rujukan pada masa akan datang.

Anda dinasihatkan supaya tidak mendedahkan segala maklumat ini kepada pihak luar bagi mengelakkan daripada akaun maybank2u anda dicerobohi.
Jika anda menghadapi masalah semasa dalam proses mendaftar akaun maybank2u, langkah terakhir adalah dengan menghubungi maybank careline pada talian berikut: Customer Care Hotline: 1-300 88 6688 (Malaysia)+603-7844 3696 (Overseas) dan ajukan masalah anda.
Mereka pasti berusaha untuk membantu mengatasi masalah anda.
Bacaan tambahanAktifkan Debit Kad Maybank anda untuk transaksi luar negara ataupun transaksi online. Penting bagi anda yang merancang untuk melancong ke luar negara agar kad anda boleh digunakan disana.
kredit : Infosantai

19 Comments

Apa Kata Anda?

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete
  2. sepatutnya kena beritahu kena gi mesin atm utk daftarkan no. hp terlebih dahulu

    ReplyDelete
  3. Nak tanya kalau no telefon saya hilang Cord tac ada dekat no tu..nak buat macam mna yaa??

    ReplyDelete
  4. Promo code tuh ape eh? Mana nak dapat 🥴

    ReplyDelete
  5. Promo code tu nak amik mana ya

    ReplyDelete
  6. Promo code tu nak amik mana ya

    ReplyDelete
  7. susahlah username aku guna dia tak terima

    ReplyDelete
  8. Promo code maksudnya apa ya???

    ReplyDelete
  9. Promo code Tu nk tulis apa

    ReplyDelete
  10. No telepon pengguna akaun ke siapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena guna emel pengguna ke jugar tak faham

      Delete
  11. Sbb saya nk tolong daftarkan utk orang lain.macam mana kena guna email kita ke

    ReplyDelete
  12. Promo code tu ape ya sebab Sya nak tlong adek sye nak buat mybank2u

    ReplyDelete
  13. Acc mybank2u kne block mcm mna nak buat

    ReplyDelete
Previous Post Next Post