15 Kesan Maksiat Pada Individu. Pernah tak kita terfikir, setiap kali maksiat yang kita buat, apa kesannya pada diri kita? Sama ada jangka pendek atau panjang. Kita kena faham, antara ciri2 maksiat ini adalah,
1. Ia pasti ada PUNCANYA.
2. Ia akan beri kesan sampingan. Pasti.
Bak kata orang putih, setiap perkara yang berlaku mesti ada cause & effect-nya. Jadi apa kesan2 maksiat yang kita buat? Moga kita sama2 muhasabah dan usaha tinggalkan maksiat masing2.
1. Nafsu tidur bertambah Bila hidup dlm maksiat
Secara tak langsung nafsu tidur bertambah dgn mendadak. Disebutkan oleh Imam Hassan al Basri, "Sesungguhnya ketika seorang hamba melakukan dosa, dia akan terhalang melakukan solat malam dan puasa di siang hari". (Al-Maqrizi)
2. Potensi diri 'terbantut'
Ini bukan andaian sesuka hati, tapi dah dibuktikan sejak zaman sahabat lagi. Contohnya, surat Saidina Umar kpd Saad Abi Waqqash sblm perang Qadisiyyah, iaitu sebelum pembukaan Parsi. Antaranya sebahagian isi surat Saidina Umar adalah ;
"Aku memerintahkan kpd kamu dan mereka yang bersama2 kamu supaya menjauhkan diri drpd maksiat kerana sesungguhnya dosa2 yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh2 Islam.."
"Sesungguhnya orang2 Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang2 Islam akan kekuatan."3. Nafsu makan semakin liar. Kata Ar Robi’ semasa menambah kata2 Imam Syafie, "Kerana yang namanya kenyang membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, kecerdasan berkurang, lebih banyak tidur dan malas ibadah.” (Siyar A’lamin Nubala)
3. Nafsu makan semakin liar.
4. Banyak kerja yang tak menjadi
Maksiat juga buat banyak kerja terbengkalai & sebahagian besarnya langsung tak jadi. Allah sebut, "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.." (Surah Taha ayat 124)
5. Allah tarik keberkatan rezeki.
Maksiat menjadi penyebab kenapa rezeki kita terasa sempit. Ianya disebabkan ditariknya keberkatan rezeki. Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud, “Seorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang diperbuatnya.” (Riwayat Imam Ahmad)
6. Hubungan dengan manusia rosak
Pesanan seorang salaf tentang kesan maksiat yang berlaku pada dirinya sendiri, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang (kenderaan) dan isteriku.” (Al-Jawabul kafi)
7. Allah tarik nikmat kesihatan
Pesanan Ibnu Abbas, “.. perbuatan buruk (maksiat) itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.” (Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
8. Ilmu susah masuk ke dalam hati
Kata Imam Malik, “Aku melihat Allah telah menyiratkan dan memberikan cahaya di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat.” (Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
9. Otak malas berfikir
Kata seorang ulama salaf "Perbuatan dosa & maksiat mampu merosakkan akal fikiran manusia kerana dalam akal fikiran ada cahaya, manakala perbuatan derhaka dapat memadamkan cahaya. Apabila cahaya itu padam, akal fikiran menjadi lemah.." (Al-Jawabul kafi)
10. Allah menarik keberkatan masa
Masa kita pun akan menjadi tidak berkat sebab kita telah penuhi dengan aktiviti maksiat. Sebab itu Ibnu Qayyim pernah sebut, "Sungguh! Maksiat itu adalah sebab hilangnya keberkatan rezeki dan waktu."
11. Allah menarik nikmat beribadah
Ia sama seperti mana disebutkan oleh Ar Robi’, "Kerana yang namanya kenyang membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, kecerdasan berkurang, lebih banyak tidur dan malas ibadah.” (Siyar A’lamin Nubala)
12. Seronok & ketagih buat maksiat
Kata Imam Ibnu Qayyim, "Jika sudah seperti itu, hati kita akan melihat maksiat begitu indah. Tidak ada keburukan sama sekali." (Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
13. Susah menerima teguran dan nasihat
Allah berfirman dalam surah al-Muthaffifiin ayat 14, “Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”
14. Merasakan diri paling hebat & betul
Maksiat membuatkan kita ego, hingga menganggap kitalah yang paling hebat & betul. Ini yang berlaku kpd bani Israel. Peristiwa ini dirakamkan oleh Allah di dalam surah as soff ayat 5,
"Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.”
15. Selalu merungut dlm banyak keadaan. Allah sebut dlm surah al Maarij ayat 19-21, “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Bila ditimpa kesusahan, dia sgt resah gelisah, Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sgt bakhil kedekut;”
Sekian
Kredit : Shukery Azizan@shukery_azizan

Kata Ar Robi’ semasa menambah kata2 Imam Syafie, "Kerana yang namanya kenyang membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, kecerdasan berkurang, lebih banyak tidur dan malas ibadah.” (Siyar A’lamin Nubala)