11 Cahaya Mata Artis & Selebriti Malaysia Yang Lahir Sepanjang 2019, Comel Belaka

Kehamilan merupakan anugerah yang cukup bernilai bagi wanita. Ini termasuklah buat beberapa artis yang bakal melahirkan anak tahun 2019.


Sebagai orang yang dikenali, tentunya peminat akan rasa gembira dengan penambahan cahaya mata selebriti kesayangan mereka dan ada juga yang bakal bergelar ibu buat pertama kalinya.

Jom kita selongkar siapa artis melahirkan anak pada tahun 2019 ni!

Muhammad Aisy Al - Khaliq
Anak keempat Ayu Raudhah & Zaquan
14 Feb 2019


Ayu selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 10.46 pagi semalam.Menurut Ayu kali ini dia dapat merasakan pengalaman bersalin sama seperti orang lain tanpa mengambil suntikan epidura.
Ayu dan Zaquan telah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen
Cahaya mata kedua pasangan Hairul Azreen & Hanis Zalikha 
24 Mei 2019 5.59pm


Pelakon Hanis Zalikha telah selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan ibu kota pada pukul 5.59 petang Jumaat. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata Yusuf Iskandar.

Raden Muhammad Rafael @radenrafaelraf
Anak pertama pasangan Mawar Rashid & Raf Yaakob
13 Mac 2019 jam 11.33 malam



Pelakon Mawar Rashid selamat melahirkan anak pertama pada 13 Mac 2019 dengan seberat 3.4kg. Kelahiran cahaya mata ini sebagai pelengkap kepada keluarga kecil pasangan Raf Yaakob dan Mawar.

Mishal Imani
Anak Ketiga pasangan Nabil Ahmad & Zira
24 April 2019


Pengacara dan pelakon Nabil Ahmad memilih nama Mishall Imani yang bermaksud cahaya keimanan untuk puteri ketiganya yang lahir pada 24 April lalu.

Pengumuman terbabit dibuat secara langsung pada program MeleTOP.
Terdahulu, Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 2011. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Naira Mikayla dan Leyla Medyna.

Sarima Samheizy Binti Shaheizy Sam
Anak kedua Pasangan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
17 April 2019



Syatilla dan Sam mengumumkan kelahiran cahaya mata kedua mereka itu pada 17 April lalu.
Mereka berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki sebelum ini, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Raisya Narisa

Anak pertama pasangan Selebgram Syafiqah Aina & Hafiz Mahamad



Menerusi Instagram suami Aina, Hafiz Mahamad telah mengumumkan nama anak perempuan mereka iaitu Raisya Narisa. "Assalamulaikum Raisya Narisa @raisyanarisa. 3.39 kg (50 cm)," tulis Hafiz secara ringkas.

Hafiz dan Aina telah mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017.

Azzahra Jiwa binti Muhammad Asyraf
Anak Kedua Pasangan Tya Ariffin & Asyraf Khalid
9 Mei 2019, 9.21 pagi, Khamis



Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, pelakon yang kelahiran Palembang, Indonesia itu turut berkongsi wajah dan nama cahaya matanya itu. "Alhamdulillah syukur Ya Allah, Assalamualaikum Azzahra Jiwa binti Muhammad Asyraf. "Terima kasih semua buat doanya," tulisnya. Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin telah mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015.

Menerusi perkongsian hidup itu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Arif Jiwa, 2 tahun.

Mohamed Al Fateh

Anak kelima liza Hanim & Mohamed Shahrin

Liza Hanim mendedahkan wajah anak kelimanya yang dilahirkan penghujung Januari lalu.
Memilih nama Mohamed Al Fateh, Liza memuat naik foto lelakinya itu selepas 44 hari dilahirkan.
“Assalamualaikum dunia.... perkenalkan anak saya yang ke 5, Mohamed Al Fateh, hari ni Fateh 44 hari.“Fateh lahir kecik je, 2.8kg tapi hari ni dah 4.2kg. Doakan Fateh menjadi anak yang soleh, hamba Allah yang beriman serta berjaya dunia akhirat. #babyfatehlh,” tulisnya di akaun Instagram.

Terdahulu, Liza mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Edriel Obil
17 Mei 2019 
Anak Selebriti Dynaz Mokhtar



Pelakon Dynas Mokhtar telah memperkenalkan nama anaknya selepas selamat bersalin pada 17 Mei 2019. 
Perkara itu dikongsikan oleh Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya.
"Hello everybody my name is Edriel Obil. I am 47 days old.
"All I do is drink mummy's yummy milk, poop and sleep.
"Yes I'm super busy. Do make appointment with my pa (mummy) if you wish to see me," tulisnya.


Dynas berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 37, pada April tahun lalu. Ia adalah perkahwinan kedua buat pelakon terbabit.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Mohd Hafizy Hafiz (2008-2014), Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata, Khyra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 6.

Sumayyah Binti Mohd Syamsul
Anak Kedua pasangan Puteri Sarah Liyana & Syamsul Yusof
16 Mac 2019, 3.0kg


 


Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 3.30 petang sabtu

Syamsul memberitahu mereka sepakat memberikan nama Sumayyah Mohd Syamsul untuk anak kedua mereka itu. Pasangan itu berkahwin pada 8 mac 2014 dan mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki Syaikul Islam, dua tahun.

Aalisa Belle Izzete
Anak ketiga pasangan Datin Seri Zizie Ezette &Datuk Sri Bung Mokhtar
1 Mac 2019



Pelakon Datin Seri Zizie Ezette selamat melahirkan anak perempuan pada jam 12.06 tghari Jumaat. Zizie memaklumkan anak ketiga bagi kelahiran kedua itu berada dalam keadaan sihat dan dilahirkan dengan berat 3.32kg. 

Ayya Soffya
1 Disember 2019, 5.00ptg seberat 2.8kg
Anak ketiga pasangan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel



Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang baru saja menimang cahaya mata ketiga mereka. Wawa selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Andorra Women & Children Hospital Seri Kembangan.

Berita gembira itu diumumkan oleh Aeril sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto isterinya sedang mendakap bayi mereka. Detik tersebut sememangnya amat bermakna bagi pasangan tersebut.

Anak ketiga itu diberi nama Ayya Soffya bersempena nama Masjid Biru di Istalbul, Turki

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post