5 Tabiat Bujang Lelaki Kena Ubah, Kalau Dah Ada Niat Nak Kahwin

Lelaki, kalau ada niat nak kawin, maka ubah dulu tabiat2 ini.


Jadi jom kita selongkar...

1. Solat

Kalau sekrg ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jgn pernah tggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu...tp klu kita masih sama, masih bwk perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung didlm rumahtangga yg akan didirikan, maka rumahtangga tu xkan dpt bertahan lama...sbb imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia.

2. Kerja 

Bila nak kawin, pastikan anda dh ada keje yg stabil, yg mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu utk satu tempoh yg tertentu...nak bela ank org, nk jaga ank org, keje xbleh ikut suka, xbleh keje sekejap, berenti, pastu menganggur sehingga dpt keje yg sesuai, yg ikut citarasa anda sendiri...xbleh mcm tu sbb kita ada ank bini utk ditanggung dan disara dgn hasil gaji yg kita dpt setiap bulan...jadi, pastikan anda mempunyai keje yg stabil dan pendapatan bulanan yg tetap dahulu.



3. Perangai bujang

Perangai bujang ni byk klu nk disenaraikan...merempit, melepak, kluar umah ikut suka, balik umah ikut suka dan sebagainya...maka kita perlu ubah smua ni, perlu ubah gaya hidup kita tu dgn bwk motor berhati2, kurangkan keluar melepak, kluar umah pd masa2 yg sesuai dan balik umah sebelum tgh mlm...didik diri utk selesa dgn amalan mcm tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung utk buat perangai2 masa kita bujang dulu.

4. Belajar mengemas 

Jgn terus letak dlm minda yg keje rumah adalah keje isteri shaja...kita sbgai lelaki juga perlu tahu utk buat keje2 umah...perlu tahu cara menyapu smpah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yg kita dh biasa buat, dh selalu buat tu...percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebyk 50% dan lelaki nmpk macho jika tahu utk buat keje2 rumah.


5. Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan

Sekrg, sebelum kawin, mgkin kita mempunyai ramai kawan perempuan...smua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dgn mereka atas nama "kawan"...tp bila dah berkahwin, kita dh tak bleh kluar dgn perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sbb kita dah beristeri, dan tiada keperluan.

Sekian

Kredit : Jentik Hati

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post