Kajian Mengejutkan, Apabila Bandar Utama Di Malaysia Dijangka Tenggelam Menjelang 2050

Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa bandar-bandar utama di Malaysia akan berada di bawah paras air laut menjelang tahun 2050.



Perkara ini dikongsi oleh Centre For Governance and Political Studies di Twitter yang merujuk kepada kajian yang diterbitkan oleh Nature Communications yang bertajuk “New Elevation Data Triple Estimates of Global Vulnerability to Sea-Level Rise and Coastal Flooding”.

Kajian yang menggunakan model CoastalDEM atau Digital Elevation Model menjangkakan ada beberapa negeri yang akan terjejas iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

Lembah Klang
Port Klang tenggelam. 
Shah Alam menggecil 
KLIA bertempat di sebelah pantai

Melaka
Muar tengelam

Kuala TerengganuKuala Terengganu menggecil dan menjadi beberapa buah pulau



Pekan, Pahang
Pekan juga tenggelam
 

Kedah 
Alor Setar menjadi sebuah pulau

Perak 
Sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan 


Butterworth
Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam

Sarawak
Di Sarawak, Kuching juga menggecil dan menjadi beberapa buah pulau


Berjuta penduduk Malaysia akan terkesan. Kebanyakan orang terpaksa berpindah. Projek perumahan dibazirkan. Tanah perladangan rosak. Krisis kekurangan makanan melanda.

 Tak kiralah parti mana yang anda sokong, orang korporat ataupun NGO, ini adalah realiti masa hadapan kita. 

Kajian: “New Elevation Data Triple Estimates of Global Vulnerability to Sea-Level Rise and Coastal Flooding" 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post