10 Orang Yang Viral 2019, Jadi Bualan Netizen Di Media Sosial

Saban tahun ada sahaja kisah yang trending dan menjadi bualan netizen di media sosial. Sepanjang tahun 2019 ini ada beberapa kisah yang viral


Jadi jom kita selongkar..


1. Aishah London Speak English





Viral di laman sosial video kepetahan seorang murid darjah satu, Hana Aishah Mustafa Kamal ketika ditemubual sebuah stesen televisyen tempoh hari.

Bapanya, Mustafa Kamal Mohd Taib yang ditemubual Mstar berkata dia sendiri sebenarnya turut hairan dan pelik dengan kebolehan Aishah yang mula bertutur dalam bahasa itu sejak di usia kecil lagi.

2. Adik Muhammad Syukur Khamis
Dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia', Mohd Syukor Khamis merupakan seorang remaja berusia 14 tahun yang berasal dari Kuala Terengganu. Adik syukur merupakan model dalam pic yang trending di media sosial apabila gambarnya beraksi dengan kerbau menang awards.



Salah satu daripada gambar yang ditangkap oleh jurugambar profesional, Nazri Sulaiman yang diberi nama Sharing Emotions  telah dinobatkan antara pemenang bagi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik.



Bukan itu sahaja, gambar yang sama turut dinobatkan antara pemenang bagi Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategori Manusia/Jalanan (Street/People).

3. Yoe & Asif (Drama Spontan)
Bintang yang popular dengan siri Drama Spontan di Youtube, Asif & Yoe mungkin tidak asing lagi bagi mereka yang sering menonton Youtube. Telatah bersahajanya dalam Slot Drama Spontan berjaya menambat hati rakyat Malaysia sehingga apa sahaja video yang membabitkan mereka dengan mudah meraih jutaan tontonan.





4. Pak Cik Pembeli Terawal Iphone11
Jangan menghukum sesuatu perkara atau seseorang berdasarkan rupa atau penampilan luaran.  Begitulah kes yang berlaku terhadap seorang pelanggan terawal yang membeli iPhone 11 di Kota Baru Trade Centre, Kelantan Jumaat lalu.



Hanya kerana berpakaian kasual dan berkopiah, lelaki yang kelihatan agak berusia disindir warga maya supaya menunaikan umrah daripada berhabisan wang membeli telefon pintar. Namun ‘pakcik’ itu bukanlah calang-calang orang apabila seorang pengguna Twitter mendedahkan individu itu sebenarnya adalah doktor pakar di sebuah hospital swasta.

“Beliau adalah pakar terbaik di KPJ Medical Centre, Kota Baru. Secara moralnya, jangan menghakimi individu berdasarkan penampilannya,”

5. Remaja Tingkatan 4 Bekerja Sebagai Penghantar Makanan
Gambar yang memaparkan seorang pelajar tingkatan empat bekerja sebagai penghantar makanan di sekitar Kuala Lumpur menerima pelbagai reaksi daripada netizen. 



Perkongsian yang dimuat naik oleh @ariffazharb di Twitternya yang kini tular di media sosial itu turut menerima kecaman termasuk ada yang menyalahkan ibu bapa pelajar terbabit kerana membenarkannya bekerja.

Bagaimanapun remaja terbabit, Muhd Irwan Shah Sabarudin, 16, pantas menepis komen negatif yang menyalahkan ibu bapanya. Menurutnya, dia yang memilih untuk melakukan kerja itu tanpa desakan daripada sesiapa.

6. Cikgu Fathi Ajar AddMath 
Pendekatan kreatif seorang guru mengajar mata pelajaran matematik tambahan di sekitar ladang teh di sini mengundang pelbagai reaksi positif netizen yang memuji inisiatifnya mengajar secara santai itu.



Fathi Hussin yang menggunakan nama @mathsanova di Twitter telah berkongsi video tersebut di media sosial dan ia telah tular selain meraih 434,000 tontonan serta menerima 14,300 ulang kicau.
Ini membuktikan Fathi bersungguh-sungguh dalam memberi pengalaman baharu bagi menarik minat pelajar untuk meminati subjek matematik tambahan yang rata-rata dianggap sebagai mata pelajaran yang amat susah untuk dipelajari.

7. Lelaki Albino Tegur Pemuda Bodyshame Di LIVE Tv


Ketika pengacara program bual bicara itu meminta Azfar memberi komen bagaimana dia berdepan situasi dikecam netizen, malah menjadi mangsa buli siber, Azfar yang kebetulan duduk bersebelahan dengan Shazwan memandang lelaki itu dan memberitahu, dia masih ingat kata-kata Shazwan pada tarikh 20 Ogos lalu.



"Saudara Shazwan, hari itu awak 'Tweet' artikel itu kepada saya. Awak cakap iaitu, "Tolong buru dan kerat @Azfarovski sekali" dan ya, awak buat begitu (body shaming)," katanya.

Shazwan dikatakan pernah membuat ciapan mengenai perkara itu susulan sebuah berita tempatan menyiarkan remaja Albino diburu, dikerat untuk ritual sihir.

Tindakan Azfar berterus-terang secara langsung itu sekali gus membuatkan Shazwan terpaku seketika.

8. Kanak2 tulis Surat Layang Kecewa Dihalau Dari Saf Hadapan Surau 
Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna laman sosial tersebut telah memuat naik satu lampiran surat yang ditulis oleh seorang kanak-kanak yang berasa kecewa kerana dihalau dari saf hadapan di surau.  



Melalui surat yang ditulis kanak-kanak bernama Nadzrul Zarfan, dia menyuarakan rasa tidak gembiranya kepada pengerusi surau kerana menghalaunya dari saf hadapan semasa mahu solat berjemaah.

Dia juga sempat memberitahu bahawa sudah berkhatan dan sememangnya layak untuk berada di saf hadapan ketika solat.

9. 'Cleopatra' Di Samping Syed Saddiq 
Seorang pengguna Facebook tampil menjelaskan kontroversi 'Cleopatra' yang dikatakan transgender dan dikaitkan sebagai pembantu peribadi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.



Pengguna alam maya terbabit yang menggunakan nama Nasir Yaacob di laman sosial itu memaklumkan bahawa individu tersebut seorang wanita dan mendakwa bekas isterinya. Dalam dua hantaran dimuat naik di Facebook, Nasir menulis, "Ya, betul. Itu bekas isteri sayalah yang tengah tular itu. Dia perempuan tulen, bukannya transgender. Berhenti fitnah dia dan biarlah dia dengan dunia glamour  dia."

10. Suami Hadiah Burger Sempena Harijadi Isteri Dapat Kek Secret Recipe

Perkongsian mengenai seorang suami 'sweet' oleh netizen berikutan tular kisahnya di media sosial kerana membelikan burger untuk hari jadi isterinya bagi menggantikan kek, turut mendapat perhatian kedai kek terkenal, Secret Recipe.




Secret Recipe mengesan mereka dan telah memberi kejutan kepada suami isteri berkenaan dengan undangan bagi menikmati hidangan kek di premis tersebut di Sungai Petani.   



Mana yang baik kita jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan
Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post