Ramai orang bingung doa-doa tak dapat, doa-doa tak makbul. Malah doa main semberono, saya nak share 4 tips doa yang power, dan alhamdulillah, banyak feedback positif saya dapat bila kongsi tips cara doa ni dalam program.
Teruskan Selongkar...
1. SPESIFIK & ADUAN
Teruskan Selongkar...
Caranya :
1. SPESIFIK & ADUAN
Contoh, "ya Allah, kurniakan daku jodoh yang baik tahun ini juga, kerja yang baik, akhlak yang baik. Hidup aku sunyi ya Allah, balik kerja penat tak ada sapa boleh tolong picit & tak ada tempat bersembang".
TAHUN INI JUGA : SPESIFIK
SUNYI : ADUAN.
Contoh lain
"Ya Allah, aku ada hutang keliling pinggang, bukakanlah jalan bayar semua hutang aku tahun ini juga, resah aku bila ada hutang banyak"
SPESIFIK : Tahun ini juga
ADUAN : Resah hati
Kalau hutang terlalu banyak, doa minta dimudahkan urusan bayaran setiap bulan.
2. LOGIK, REALISTIK & BOLEH DICAPAI.
Doa kena logik & boleh dicapai,
Contoh doa tak logik, "Ya Allah, jadikanlah aku jadi Perdana Menteri tahun hadapan", sedangkan masuk politik pun tidak,
Contoh logik, Ya Allah, lorongkanlah aku jadi dapat beli kereta Honda Jazz Baru tahun 2020. Kalau gaji ok, ia boleh dicapai.
Contoh tak logik yang lain malah HARAM :
"Ya Allah, aku teringin jadi perempuan cantik, tukarkan aku esok jadi perempuan"
3. JANGKA MASA YANG SESUAI
"Ya Allah, aku teringin nak jadi kurus, bantulah aku lorongkan jalan untuk jadi kurus dalam tempoh 9 bulan ini, dan janganlah aku kurus ikut sifir kurusnya sebuah PC menjadi saiz laptop dalam masa 25 tahun"
Doa ni, kita dilarang untuk doa TERLALU SPESIFIK,
"Wahai Allah, kurniakan aku pasangan yang apabila dipandang, hati jadi tenang seperti tenangnya air di dlm cawan, wahai Allah, jadikan bila dia gelak, tak gelak terlalu kuat, apabila dia bersin, comel saja bunyinya, dan apabila dia tidur, tidak berbunyi seperti lori Diesel, jadikan juga apabila dia marah, tidak marah seperti marahnya orang tiada iman, dan apabila dia berbelanja, tidak kedekut, jadikan juga suaranya merdu seperti Bilal Bin Rabah
rajinnya seperti emak aku, dan badannya tidak berbau dan buncit, aku mohon juga mukanya waktu tidur bagai senyum"
4. Doa Yang Halal-Halal Sahaja.
"Ya Allah, kejap lagi kami nak menyamun kedai emas, mudahkanlah urusan kami, dan jauhkanlah dari ditangkap atau ditembak. Amin!"
Baki tips ini adalah,
Kita kena yakin Allah akan tunaikan hajat & doa kita.
tak yakin, Allah tak bagi.
Doa jangan terlalu umum, nanti hasilnya pun umum-umum juga.
Dan,
Doa ni jangan berhenti, Allah suka dengan hambaNya yang meminta-minta, bersungguh-sungguh.
Memang ada doa cepat dapat, lambat dapat, tapi kalau doa ada SPESIFIK, Lebih power INSYA ALLAH.
Elakkan doa TAK CANTIK, doa ulang-ulang tapi tak tau apa maksud.
"Ya Allah, doa macam biasa lah, macam semalam tu, amin"
Semoga bermanfaat.
Kredit : TwitIslamik