Senarai 12 Lagu Mara Ke Pentas Anugerah Juara Lagu AJL34 (2019)

Selama 3 minggu berturut-turut menyaksikan sebanyak 30 lagu berentap di pentas muzik-muzik separuh akhir bagi menempatkan diri ke pentas final Anugerah Juara Lagu (AJL34), dan pada minggu ketiga telah diumumkan 12 lagu yang berjaya mara.

Antara muka baru yang bakal berentap buat pertama kali di pentas AJL nanti ialah Aina Abdul, Naim Daniel dan Kugiran Masdo.

Kesemua lagu yang layak diadili barisan juri profesional yang dibarisi Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri.

Berikut senarai lagu yang berjaya melayakkan diri ke AJL34:

1. Drama
Penyanyi: Drama Band
Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib
Penulis lirik: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib 



2. Ku Bersuara
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
Penulis lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham 


3. Anta Permana
Penyanyi: Bob Yusof
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Penulis lirik: Hael Husaini, Ezra Kong
 

4. Sumpah
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis lirik: Aina Abdul



5. Lembah Kesepian
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis lirik: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran 


6. Sumpah
Penyanyi: Naim Daniel
Komposer: Naim Daniel, Omar K
Penulis lirik: Naim Daniel


7. Peneman
Penyanyi: Hazama The Penglipurlara
Komposer: Tam
Penulis lirik: Tam 


8. Dinda
Penyanyi: Kugiran Masdor
Komposer: Ali Sariah
Penulis lirik: Ali Sariah 


9. Bangun
Penyanyi: Aman RA
Komposer: Navigator
Penulis lirik: Aman RA 


10. Kisah Cinta Kita
Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali
Penulis lirik: Datuk A. Aida 


11. Ragaman
Penyanyi: Fairuz Misran
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo
Penulis lirik: Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan 



12. Rampas
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim, Laq
Penulis lirik: Bunga Cantik


Terdahulu, sebanyak 30 lagu dipertandingkan di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 34. 


Kesemua 30 lagu yang layak dinilai berdasarkan 60% penilaian juri profesional dan 40% lagi menerusi undian peminat.

Kredit : TV3Malaysia

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post