Langkah Mudah Tebus RM30 e-Tunai Rakyat Menerusi GrabPay, TnG e-Wallet, Boost

RM30 percuma khas dari Kerajaan Malaysia, rugi kalau tak claim bagi yang layak.

Ini Cara Untuk Claim RM30 Percuma Untuk e-Wallet Pilihan Anda. Dalam bajet 2020 tempoh hari, Kerajaan Malaysia mengumumkan insentif sebanyak RM30 untuk pengguna E Wallet di seluruh Malaysia. Duit ini akan dikreditkan ke akaun e-Wallet pilihan anda bermula dari 15 Januari 2020.




Jadi jom kita selongkar cara-cara untuk anda claim RM30 secara percuma ini. Oh ya, anda hanya boleh claim RM30 ini sekali sahaja melalui salah satu E Wallet yang anda pilih samada Boost, Touch N Go atau GrabPay. 

Syarat permohonan eTunai Rakyat Rm30:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas untuk tahun 2020
  • Pendapatan adalah bawah daripada RM100,000 setahun.

1. Boost e-Wallet
Cara tebus RM30 menerusi aplikasi Boost



Jika anda bukan merupakan pengguna Boost, anda boleh ikuti langkah langkah seperti berikut :
  1. Muat turun aplikasi Boost di Google Playstore atau Apple Appstore
  2. Daftar untuk akaun
  3. Naik taraf ke Premium Wallet & sahkan
  4. Nikmati RM5 dengan perbelanjaan RM10 seterusnya melalui aplikasi Boost
  5. Klik pada inisiatif e-Tunai Rakyat mulai 15 Januari 2020 di laman utama aplikasi Boost
Jika anda pengguna sedia ada aplikasi Boost pula, anda boleh ikuti langkah langkah ringkas seperti berikut :
  1. Naik taraf ke Premium Wallet & sahkan
  2. Nikmati RM5 dengan perbelanjaan RM10 seterusnya melalui aplikasi Boost
  3. Klik pada inisiatif e-Tunai Rakyat mulai 15 Januari 2020 di laman utama aplikasi Boost
Kenali Aplikasi Boost Melalui Video Di Bawah atau rujuk laman sesawang Boost E Tunai Rakyat
2. GrabPay  eWallet
Cara tebus RM30 menerusi aplikasi aplikasi Grab
Untuk claim RM30 anda melalui GrabPay Wallet, anda hanya perlu muat turun aplikasi Grab di Google Playstore atau Apple Appstore dan sahkan akaun anda.

  • Langkah 1 : Buka aplikasi Grab (Kalau takde, download & install dulu okay menerusi AppStore/Googleplay!)
  • Langkah 2 : Aktifkan GrabPay
  • Langkah 3 : Masukkan nama & nombor kad pengenalan
  • Langkah 4 : Ambil gambar kad pengenalan
  • Langkah 5 : Ambil gambar selfie bersama kad pengenalan & Submit
  • Langkah 6 : Pengesahan akan dibuat dalam tempoh 48 jam, Korang akan terima pengesahan jika semua maklumat diminta dihantar dengan betul
  • Langkah 7 : Selesai! Tebus e-Kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 15 Januari 2020, okay!
3. Touch 'n Go eWallet
Cara tebus RM30 menerusi aplikasi aplikasi Touch N Go eWallet


  • Langkah 1 : Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet (Kalau takde, download & install dulu okay!)
  • Langkah 2 : Sahkan akaun Touch ‘n Go eWallet
  • Langkah 3 : Ambil gambar kad pengenalan
  • Langkah 4 : Ambil gambar selfie seperti yang diminta
  • Langkah 5 : Selesai! Tebus e-Kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 15 Januari 2020, okay!
#ETunaiRakyatInitiative #Belanjawan2020 #GoCashless

Pastikan anda ikut arahan di atas untuk daftar dan tebus kredit eWallet anda.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post