Resipi Ikan Cencaru Sumbat Tomyam Bakar Guna Periuk Ajaib Ini Mengancam Habis

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT TOMYAM I Selalunya orang sumbat sambal cili pedas aja dalam perut ikan Cencaru tapi sesuatu yang baru apabila kita tambah perencah tom yam dalam sajian kali ini. 



Menu ini sesuai dimakan dengan nasi panas-panas..tak perlu menu lain..satu menu pun dah cukup buat menambah nasi..

Bahan-Bahan

  • 3 ekor ikan cencaru di belah atas
  • 1 peket pes tomyam adabi
  • 1 batang serai
  • 1 biji bawang merah
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji cili padi
  • Sedikit garam
Cara penyediaannya 

1. Tumbukkan serai dan bawang hingga lumat dan masukkan cili serta daun limau purut.




2. Selepas itu, tambah pes tomyam dan sedikit garam. Kacau mesra sebati.




3. Sapu dan sumbat pada ikan. Biarkan ia selama 30 minit untuk bagi ikan rasa yang sedap.



Sumbat bagi rata, sedia untuk di bakar


4. Bakar dalam pembakar ajaib selama 20 minit ataupun sehingga masak dan garing. 

 

Siap untuk dihidang, dimakan panas-panas dengan nasi putih. Ratah macam tu aja pun memang sedapp!


Selamat mencuba! 

Ikan cencaru ni sedapnya di bahagian tengah isi jalur warna hitam tu..serius bahagian itu lah yang disambar dahulu setiap kali siat kulitnya.

Kredit : Bahiah Saripuddin

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post