12 Barisan Finalis Hero Remaja 2020, Nampak Boleh Pergi Jauh Peserta Kali Ini

12 Senarai Finalis Hero Remaja 2020 sudahpun diketahui menerusi sidang media yang berlangsung 11 Feb di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.



 

Dalam 600 orang yang hadir sesi ujibakat yang berlangsung sekitar disember tahun lepas, inilah barisan 12 finalis yang telah disenarai pendek.

1. Aniq
Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh
20, Selangor
Asasi, Taylor's University
@aniqshr
Setelah menyertai sukan Taekwando seawal usia 7 tahun, Aniq kini melatih kanak-kanak yang baru ingin mempelajari sukan tersebut.




2. Azim
Abdul Azim Mohd Yusof
23, Selangor
Diploma Kejuruteraan Awam
@azimyusof_
Setelah berpeluang muncul sebagai model iklan komersil di kaca televisyen dan beraksi di pentas peragaan, Azim Yusof semakin yakin untuk ke hadapan untuk mengecapi kejayaan awal.



3. Azri
Mohamad Azri Abd Khair
24, Selangor
Sarjana Muda Pemasaran, Multimedia University
@azri.khair

Walaupun dilahirkan di Selangor, Azri Khair berpindah ke Dubai sewaktu berusia 9 tahun dan membesar di sana sehingga usianya mencecah 18 tahun.



4. Hariz
Muhammad Hariz Muhammad Hamdan
18, Selangor
Lepasan SPM
@harizws
Sebagai finalis termuda dalam barisan finalis Hero Remaja 2020, Hariz yang meminati bidang fizik bukan sahaja akan cuba menceburi bidang seni, tetapi juga ingin mengikuti jejak langkah ayahnya dalam bidang kejuruteraan.



5. Haziq
Mohamad Haziq Nazimuddin
23, Kuala Lumpur
Penggubah Bunga
@haziqnz
Sebagai model sambilan dan penghias iklan televisyen, Haziq memilih bidang gubahan bunga sebagai profesion utama.



6. Imran
Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin
21, Kuala Lumpur
Diploma Kejuruteraan Komputer Elektronik, Politeknik Sultan Idris Shah
@ijeebster
Anak kelahiran Kuala Lumpur ini bukan setakat aktif di universiti, malah di media sosial sebagai seorang influencer.



7. Jabir
Jabir Bin Jilani Meftah
20, Selangor
Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Petronas
@jabirmeftah
Selepas tular sebentar ketika muncul sebagai penyampai trofi di sebuah acara hiburan, Jabir datang dengan misi untuk melahirkan generasi muda sebayanya yang mengejar citi-cita dan memberi manfaat kepada orang lain.



8. Jazmy
Jazmy Khan Bin Juma Khan
22, Selangor
Site Supervisor, A&E Global Enterprise
@jazmyjuma
Merupakan anak kelapan daripada sembilan adik beradik, pemuda berdarah campuran Pakistan dan juga Melayu ini telah mengambil jurusan binaan dan pembangunan. Kini Jazmy berkerja sebagai site supervisor bagi memastikan keselamatan di tapak pembinaan.




9. Meerqeen
Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam
19, Selangor
Diploma, Kolej Vokasional Gombak
@meerqeen
Keputusan Meerqeen untuk menyertai Hero Remaja berdepan dengan cabaran daripada pihak keluarganya pada awal, namun akhirnya sokongan diperolehi juga olehnya untuk mencatur perancangan bergelar anak seni.




10. Nadhir
Ahmad Nadhir Ahmad Nasar
24, Selangor
Sarjana Muda Komunikasi Massa, UiTM
@nadhirnasar_
Mesra dipanggil Lucky, Nadhir mempunyai misi untuk pergi lebih jauh dalam dunia lakonan apabila sering menjadikan pelakon indie sebagai rujukan untuk mengasah bakatnya.




11. Tom
Thompson Goh
23, Sarawak
Admin Assistant
@iamtomsz
Sebagai pelajar separuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia, Tom juga berkerja sepenuh masa dalam bidang farmaseutikal.



12. Umar
Muhd Umar Badrol Hisham
22, Johor
Diploma, Universiti Malaya
@umarhishammm
Anak jati Johor Bahru ini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Perhubungan Awam di Universiti Malaya dan yakin pantas belajar perkara baru.


 
Siapakah yang bakal bergelar Juara edisi 2020 kali ini?


Jangan lupa ikuti Pencarian Hero Remaja yang akan bersiaran sebanyak 7 episod mulai 27 feb 2020, Setiap khamis jam 9.00malam di Astro Ria

Grand finale menyaksikan juara telah dinobatkan kepada pemenang yang baru. 


Hero Inspirasi : Imran Aqil
Hero Confident Nivea Men (Undian Peminat) : Aniq Suhair

Tempat ke 5 Haziq
Bawa pulang wang tunai Rm1,000 beserta trofi & selempang

Tempat ke 4 Jabir Meftah
Bawa pulang wang tunai Rm1,000 beserta trofi & selempang

Tempat ke 3 Merqeen
Bawa pulang wang tunai Rm5,000 beserta trofi & selempang

Naib Juara Umar
Bawa pulang wang tunai Rm7,000 beserta trofi & selempang

Juara Hero Remaja 2020
Nadhir Nasar
Bawa pulang wang tunai Rm10,000 beserta trofi & selempang


Kredit : Majalah Remaja

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post