Jejantas pejalan kaki yang menghubungkan antara Kampung Baru dan Jalan Ampang yang dikenali dengan nama Saloma Link kini dibuka secara rasmi kepada orang awam, Port baru untuk berswafoto dengan konsep futuristik yang instagrmmable di Kuala Lumpur.
1. Jambatan Saloma ataupun Saloma link sah dibuka pada 5 Februari 2020 pada pukul 2.30 petang.
Gambaran artis yang memaparkan kawasan Jambatan Saloma
2. Jambatan Saloma menghubungkan KLCC dengan tempat-tempat makan Melayu di Kampung Baru.
3. Dari Kampung Baru, anda boleh naik jambatan iini dari Lorong Raja Muda Musa 3, iaitu 100m dari LRT kampung Baru.
4. Dari KLCC pula, anda boleh naik di Jalan Saloma iaitu jalan bersebelahan Menara Public Bank.
5. Dengan adanya jambatan Saloma ini, anda boleh berjalan kaki menuju KLCC dari Kampung baru dengan jarak tempuh 15 minit berbanding 30 minit di jalan yang sibuk dan berbahaya untuk ke Kampung Baru dari KLCC, Sekarang perjalanan anda bakal lebih cepat dan selamat.
6. Cantik untuk Bergambar
Saloma ini bukan jambatan biasa, ia memang jambatan pejalan kaki yang dibuat untuk menjadi salah satu ikon baru untuk Kuala Lumpur.
7. Rekaan Jambatan Saloma adalah diinspirasikan daripada sirih junjung dimana struktur dengan gaya melayu yang jarang dibuat pemaju sekarang.
Kredit Foto : Lyn Hantaran Creation
8. Pada waktu malam, lampu-lampu LED Saloma Link akan bertukar warna sama seperti Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia
9. Disebabkan pihak pemaju tahu bahawa Saloma Link ini akan menjadi tempat OOTD, ada dua tempat khas untuk bergambar disediakan disini.
10. Waktu Operasi & Mobiliti
Pintasan Saloma
Mon - Sat : 5am - 1am
Sun / Public Holiday : 5am - 12.30am
Buat masa ini, waktu operasi dijangka mengikut operasi tren LRT. Ia dijangka tidak dibuka 24 jam untuk mengurangkan masalah vandalisme.
11. Jambatan ini tersedia untuk mobiliti dengan ramp untuk penunggang basikal disediakan di bahagian sebelah Kampung baru, Manakala Ramp untuk semua dibuat di bahagian jalan Saloma.
12. Jejantas pejalan kaki saloma link ini panjangnya 370m menelan belanja Rm31 juta. Dari seluruh panjang jambatan ini, 69m dibuat merentasi lebuh raya bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH).
13. Jambatan ini mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan dan sepatutnya dibuka pada November 2019.
14. Walaupun satu projek kelihatan mudah, Saloma Link ini ada cabarannya yang tersendiri dari segi kejuruteraan, tiang cerucuknya perlu dipasak berhati-hati kerana ia hampir dengan terowong LRT Kelana Jaya, Terowong bekalan air di lebihraya AKLEH dan juga beberapa terowong bawah tanah lain ke KLCC.
15. Jambatan ini dilengkapi dengan sistem CCTV serta ada pengawal keselamatan juga sebagai langkah keselamatan bagi para pengguna untuk kegunaan harian)
Syabas kita ucapkan kepada kumpulan Veritas yang menyiapkan projek ini dan terima kasih kerana menyediakan satu ikon Kuala Lumpur yang mengambil kira warisan melayu di ibukota ini.
p/s : Kalau pergi waktu malam lebih mengancam dengan cahaya warna warni nya
#Salomalink #Salomabridge #Malaysianarchitecture .
.
Kredit : ade1y / Jom Jalan
Siang dan malam di jambatan Saloma