12 Meme 'Mak Cik Kiah' Trending Selepas Pengumuman Pakej Ransangan Ekonomi Oleh PM

Siapa Mak cik Kiah? tiba-tiba nama Makcik Kiah kini trending dan heboh diperkatakan oleh nitizen. Rata-rata tahu akan siapa makcik ini dan ada juga yang tidak ketahui siapa makcik yang disebut-sebut ini.



Sebelum kita kenali siapa itu Makcik Kiah, jom kita tengok dulu serba sedikit latar belakang Makcik Kiah bersama keluarganya.


Nama : Makcik Kiah
Tinggal : PPR Desa Tun Razak
Pekerjaan : Peniaga (menjual goreng pisang)
Pekerjaan Suami : Pesara Kerajaan dan kini kerja membawa Grab
Anak : Peminjam PTPTN
Sebenarnya, Makcik Kiah ini merupakan contoh case study yang diberikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan dengan Pakej Ransangan PRIHATIN. Jadi ikuti skrip penuh dibawah berkaitan Makcik Kiah ini.

Jadi Makcik Kiah bukanlah individu yang betul-betul wujud di alam nyata. Tetapi hanya di dalam perutusan khas dan juga di alam internet sahaja.

 
Kredit : @RashdanRoslan_


Bantuan Diperoleh

Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800. Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir.

Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM4200.

Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.

Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1200.

Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.

Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.


Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM8,664. 

"Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat"

 


Dimana Cik Kiah Avengers Version



Selepas dengar pengumuman, Mak Cik Kiah be Like...



 Satu-Satunya Cik Kiah Yang terkenal



Terus laris perniagaan mak cik Kiah
Kredit : artortoise

Kredit : Pami Ismail

Cerita Rombongan Cik Kiah Terus ramai viewer








Since everyone is talking about #makcikkiah.. so I gather all her family members here Keluarga Bahagia, Makan Bersama, DI RUMAH!


Di mana #MakcikKiah shopping?


  
Orang yang paling happy sekarang adalah Mak Cik Kiah


Mak Cik Kiah kat rumah perhati je korang duk bahan dia.


Selepas dapat bantuan, Warung Mak Cik Kiah Tutup Selamanya



Dulu VS Sekarang Gerai Pisang Goreng Rokiah


Untunglah Cik Kiah




Sekian

Kredit : Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post