12 Movie Tentang Wabak Virus Mesti Tonton, Bagi Gambaran Situasi Covid-19

Filem sains fiksyen berkaitan dengan wabak jarang menjadi pilihan produser filem untuk dipersembahkan, berikutan skop peminatnya yang lebih kecil.

Bagaimanapun, trend dunia memang menunjukkan apabila berlakunya wabak-wabak berkaitan virus pasti permintaan terhadap filem yang membawakan tema tentang penyebaran wabak ini, akan mula meningkat.

Berbeza dengan genre sains fiksyen lain yang kerap memainkan elemen fantasi, peminat filem tidak punya banyak pilihan dalam genre sebegini.

1. The Flu (2013)
Rating IMDB : 6.7/10



Sebuah filem Korea Selatan yang diberikan judul “Gamgi” dan dikenali sebagai “The Flu” bagi pasaran antarabangsa, filem ini membawakan tentang penyebaran wabak selesema disebabkan oleh jangkitan virus H5N1 yang mampu membunuh pesakit dalam tempoh 36 jam.

Selepas satu operasi membanteras kemasukan pendatang haram mendapati pendatang yang dikurung meninggal dunia akibat satu jangkitan misteri, dua individu yang bertanggungjawab menyeludup mereka masuk mengalami jangkitan.

Satu-satunya pendatang asing yang terselamat pula melarikan diri.

Usaha untuk melakukan kuarantin gagal dilakukan selepas jangkitan mula merebak, sehingga memaksa bandar Seoul ditutup aksesnya, memaksa kerajaan Korea Selatan melakukan banyak perkara di luar jangkaan bagi melindungi wabak yang mula membunuh ramai nyawa. 

2. Train to Busan (2016)
Rating IMDB : 7.5/10


Wabak virus Zombie mula merebak di Korea Selatan menyebabkan mereka yang dijangkiti menjadi agresif dan ganas. Sekumpulan orang yang terselamat cuba melarikan diri dengan menaiki keretapi dari Seoul ke Busan yang mana berkemungkinan sebuah tempat pelarian yang selamat.

3. Outbreak (1995)
Rating IMDB : 6.6/10



Filem Outbreak membawakan kisah tentang penyebaran sejenis virus yang digelarkan sebagai “motaba”, diinspirasikan daripada insiden penyebaran wabak ebola yang masih berterusan sehingga kini.

Diarahkan oleh pengarah terkenal Wolfgang Petersen, filem tahun 1995 ini membawakan kisah tentang penyebaran sejenis virus yang digelarkan sebagai “motaba”, diinspirasikan daripada insiden penyebaran wabak ebola yang masih berterusan sehingga kini.

Virus “motaba” mula tersebar selepas seekor monyet yang menjadi perumahnya di bawa masuk ke Amerika Syarikat, sebelum dilepaskan ke dalam hutan kerana gagal dijual.

Namun virus tersebut sempat menjangkiti individu terakhir yang melepaskan monyet itu. 

4. Contagion (2011)
Rating IMDB : 6.7/10 


Sekiranya ditanya filem berkaitan wabak yang realistik, “Contagion” akan menjadi salah satu filem yang kerap disebut kerana keberkesanannya daripada segi isinya yang dilakukan dengan merujuk kepada kes-kes yang betul-betul ada.

Digarap berdasarkan kepada penyebaran virus Nipah yang berlaku di negara kita, filem “Contagion” memaparkan kisah bagaimana seorang wanita yang didapati sakit mampu menyebabkan jangkitan dalam skala besar sehingga menyebabkan banyak negara perlu diletakkan dalam kuarantin.

“Contagion” juga cuba membawa perspektif tentang usaha di belakang tabir penciptaan vaksin yang perlu dilakukan, serta yang lebih penting kajian tentang perubahan manusia yang akan berlaku, apabila manusia berada dalam keadaan terdesak dan tertekan.

5. Deranged (2012)
Rating IMDB : 6.4/10


Jae-hyuk cuba mencari penawar selepas isterinya dan anak-anaknya datang dengan jangkitan misteri yang menyebabkan orang lemas.

6. Carriers (2009)
Rating IMDB : 6/10 

Danny dan Brian bersama teman-teman mereka, Bobby dan Kate, memulai perjalanan untuk menghindari pandemic. Namun, salah satu dari mereka terinfeksi oleh virus yang membahayakan.

7. I Am Legend
Rating IMDB : 7.2/10



Robert Neville merupakan satu-satunya mangsa yang terselemat dari virus yang berpunca daripada ubat penyembuh kanser. Bila malam menjelma dia terpaksa menyelamatkan diri daripada serangan zombie. Malah lelaki ini juga turut berusaha untuk membuat penawar agar dapat menyembuhkan manusia yang berubah menjadi zombie.

8. 28 weeks Later (2007)
Rating IMDB : 7/10
Enam bulan selepas virus Rage melumpuhkan separuh Britain menjadi zombi, 
 


9.  Snowpiercer (2013)
Rating IMDB : 7.1/10
Snowpiercer adalah filem tindakan fiksyen sains 2013 berdasarkan novel grafik Perancis Le Transperceneige oleh Jacques Lob, Benjamin Legrand dan Jean-Marc Rochette.



10. Blindness (2008)
Rating IMDB : 7/10
Wabak yang dikenali sebagai 'penyakit putih' membutakan semua orang. Seorang isteri meragukan untuk dijangkiti penyakit ini untuk menjaga suaminya dan membawa dia dan keluarganya untuk keselamatan.



11. Exit (2019)
Rating IMDB : 7/10
Pendaki cuba menyelamatkan diri apabila gas putih misteri menyelubungi seluruh daerah di Seoul, Korea Selatan.


12. World War Z (2013)
Rating IMDB : 7/10 
Gerry, seorang bekas pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, secara tiba-tiba mendapati dirinya dalam perlumbaan terhadap masa ketika dia menyiasat virus yang mengancam yang menjadikan manusia menjadi zombie.




Selamat Menonton
Sekian.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post