Susulan perintah kawalan pergerakan yang mana hanya seorang ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar rumah untuk membeli barang keperluan / ubat-ubatan. Maka dengan itu ketua keluarga pun menjalankan tanggungjawab mereka demi kelangsungan keluarga.
Isteri masing-masing pakat tulis kat kertas,barang apa nak kena beli.
Rasa was-was. Ambil gambar,wassap kat isteri. Lagi dasyat ada yang bervideo call.
"Hah tengok, nak yang mana satu??".

Macam-macam kerenah dan gelagat boleh kita jumpa apabila suami disuruh shopping checklist yang diberikan oleh isteri.
Boleh 'Hang' kalau bab beli barang dapur

Yah..Cakap kena jelas dan details
Sampai saka pun boleh keluar
Macam-macam pulak ada
Dah boleh buat kebun belakang rumah
Bendi dengan kangkung jauh kot
Kari apa? Ayam..Kari apa..?
kejap kejap call.. lepastu lupa
Tepuk dahi dibuatnya.
Pesan beli bawang je sekali ada xtra pulak
Nak roti lembut dapat roti keras
Dibalunnya sampai berkotak-kotak
Sampai teruja dibuatnya
Bukan semua macam tu kan,
Ada juga yang pro
Suami beli barang isteri yang panik.