18 Idea Resipi Berasaskan Sotong Super Sedap Mesti Cuba Sendiri

Sotong, sejenis makanan laut yang lembut dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Sebut sahaja sotong pasti terbayang sotong bakar, sotong sumbat, sotong masak merah dan banyak lagi.



Jadi jom kita selongkar idea resipi berasaskan sotong yang boleh dicuba sendiri.

1. SAMBAL SOTONG SEDAP



Cara-caranya :
  • Sotong dibersihkan
  • Bawang besar dipotong bulat
Bahan Tumis:
  • Bawang merah di blend
  • Bawang putih diblend
  • Cili kisar
  • Asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Secukup rasa
  • Sedikit kicap manis utk mencantikkan sambal

Cara-cara:
Tumis bahan kisar, masukkan cili kisar, tumis hingga garing, masukkan pes asam jawa, garam gula secukup rasa, masukkan bawang yg dipotong bulat, masukkan sedikit kicap manis
last masukkan sotong..
Masak sehingga naik bau, siap untuk dihidangkan.

Sumber : Rosehayatie

2. Resepi Sotong Sumbat Bersos 



Bahan-Bahan:
  • 400g sotong – bersihkan
  • Inti secukupnya
  • 1 biji bawang besar – potong bulat
Bahan Inti 
  • 2 biji telur – dipukul sedikit
  • ½ biji bawang besar – cincang
  • 1 batang cili merah – cincang
  • 1 sudu besar lobak merah – cincang
  • 2 helai daun bawang – cincang
  • garam dan lada putih secukup rasa
Bahan Kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • ½ inci kunyit
  • 1 hiris lenkuas
  • 1 batang serai – diracik
Bahan Sos 
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sk ketumbar – siap kisar
  • ½ sk jintan manis – siap kisar
  • ½ sk jintan putih – siap kisar
  • 2 sudu besar kicap soya
  • 1 keping asam gelugur
  • garam + gula secukup rasa
  • minyak utk menumis

Cara Memasak:

1. Campurkan telur bersama bawang, cili cincang, lada putih dan garam secukup rasa. Goreng hancur (scramble) telur tadi.
2. Tutup api dan gaulkan lobak merah dan daun bawang. Sejukkan sebelum disumbat ke dalam perut sotong.
3. Sumbatkan inti ¾ penuh kedalam sotong, tutup dengan kepala sotong, cucuk dgn pencungkil gigi supaya tidak bergerak.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dan siap kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
5. Masukkan kicap, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Biar kuah sedikit kering. Masukkan sotong, gaul sebati dan biarkan hingga sotong masak.
6. Taburkan bawang yang dipotong bulat sebelum dimatikan api. Hiaskan sebelum dihidang.
3. Sotong Sumbat Telur 



Sedap tau resepi sotong sumbat telur nie.. rugi klau uols x cuba resepi nie..ok ambik pen dan kertas untuk salin resepi sotong sumbat telur nie..

Bahan-Bahan Inti
  • 3 biji telur ayam
  • *1/3 carrot
  • *1 biji bwg besar
  • *2 biji bwg putih
  • *sedikit isi udang
  • *sedikit daun sup & daun bwg
  • * 1/2 biji cili merah
  • Garam & serbuk perasa
  • 1 sudu besar mayonis
  • Minyak utk menggoreng
# cincang halus bahan bertanda *

Cara-cara untuk membuat inti

  • Campur semua bahan mcm buat telur dadar tu tp goreng hancur.
Bahan-bahan sambal sotong
  • 20 ekor sotong - patut size besar tp yg sy ni size sederhana je
  • 10 ke 15 sudu cili kisar (lebih kurang)
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • Sedikit air asam
  • Bawang besar dipotong bulat2
  • Garam & gula/serbuk perasa
  • Minyak utk menumis. 
Cara-cara untuk membuat sotong sumbat telur
  1. Sotong disumbat telur yg dh digoreng hancur td, ditutup semula dgn kepala sotong & dicucuk dgn pencungkil gigi.
  2. Tumis cili kisar sehingga garing & pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram.
  4. Masukkan gula, garam & asm jawa secukup rasa.
  5. Kemudian, mskkan sotong yg tlh disumbat biar smp mendidih.
  6. Biasanya sotong akan keluarkan air, So, sblm msk sotong pastikan sambal tu biar2 kering.
  7. Last skali mskkn bwg besar yg dipotong bulat2. Dah ok tutup api.
  8. Hidangkan panas2.
Siap.

4. Resepi Rendang Sotong Sumbat


Kredit Foto : enyabdullah

Bahan-bahan :
  • 4 ekor sotong arus bersaiz sederhana besar
  • 2 helai daun limau purtu
  • 400 ml santan pekat
  • 2 sudu kecil kerisik
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula secuup rasa
Bahan kisar sebagai pes rempah :
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai - hiris nipis
  • 10 tangkai cili kering rebus
  • 5 biji cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
Saya tambah (tak ada dalam resepi) :
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
Cara-cara :
  1. Kisar bahan kisar sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Masak sehingga cili masak dan garing.
  3. Masukkan santan dan kerisik serta daun limau purut. Masak seketika.
  4. Masukkan sotong dan balik balik kan sotong, Untuk sotong sederhana lebih kurang 8 minit untuk masak.
  5. Bila sotong masak, angkat sotong keluar dari kuali. Kemudian sambung masak dan pekatkan kuah rendang. Ini kerana air sotong tadi keluar dan kuah jd agak berair. Masak kuah sehingga pekat dan pecah minyak macam rendang yang biasa kita buat tu.
  6. Bila dah kering boleh la tutup api dan masukkan balik sotong tadi. Siap!!
5. Sotong Berempah Bersama Telur Rebus



600gm Sotong size sederhana dicuci bersih dan dikelar tapi tak putus ye...dan direbus sekejap je.. Kira2 3/4 masak..air rebusan jgn buang ye..

Bahan-Bahan:-
  • 5 sudu besar rempah serbuk kari daging
  • 1 biji bawang besar holland (serdehana) dihiris.
  • 2 biji bawang besar (sedang) di kisar.
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih,
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis,
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil gula pasir.
  • 1 btg kulit kayu manis,
  • 5 kuntum cengkih,
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 tangkai daun kari.
  • 3 cili hijau atau merah dibelah dua memanjang.
  • 1/3 cawan santan
  • 6 biji telur ayam yg telah di rebus( kalau nak guna telur brg puyuh pun boleh)
  • Minyak Masak untuk tumis dan Garam secukup.
Cara-Cara Penyediaan:-
  1. Bila kuali panas masukkan minyak masak. Bila minyak panas, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga..
  2. Bila bau haruman naik, masukkan hirisan bawang besar holland..Agak2 hirisan bawang mula bertukar warna keemasan, masukkan kisaran bawang putih, kisaran halia serta 3 tangkai daun kari tadi..
  3. Kemudian masukkan bawang besar yg telah dikisar.. Masa sehingga naik minyak.. Pastikan bahan2 kisar yg ditumis cukup masak ye..
  4. Kemudian masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, jintan manis dan boleh tambahkan air rebusan sotong yang telah ditapis.
  5. Kacau rata biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit. Masuukkan santan mengikut selera anda...Kuah jangan terlalu pekat semasa memasak kerana nanti kalau sejuk kuah akan jadi lebih pekat...
  6. Tunggu hingga kuah mendidih. jangan terlalu didihkan kuah tu ye,kerana santan akan pecah minyak
  7. Masukkan sotong yang telah rebus dan sehingga sotong itu masak 1/4 bahagian lagi, juga telur rebus yg di kelar sedikit ye...Masukkan cili hijau belah,gula dan garam secukup rasa... Kalau nak bubuh aji pun boleh..
  8. Kacau serata. Sotong tak perlu masak terlalu lama. Sekiranya kuah anda pekat tambahkan air rebusan sotong.
  9. Pastikan kuah tidak terlalu cair juga tak terlalu pekat.. Apa pun kepekatan kuah boleh je mengikut selera masing2..selamat mencuba
6. Sotong Masak Kicap



Kredit Foto : Myresepi.com

Bahan-Bahan:-

1) 3-4 ekor sotong
2) 1 inci halia - dihiris @ diketuk
3) 3 biji bawang putih - dihiris @ diketuk
4) 1 batang serai - diketuk
5) 6 - 7 biji cili api - diketuk
6) 1 biji bawang besar - hirisan bulat
7) 1 cawan kicap manis @ lemak manis
8) Garam
9) Cuka @ air asam jawa

Cara Memasak:-

1) Bersihkan sotong dan dihiris mengikut citarasa
2) Tumiskan halia, bawang putih, cili api & serai sehingga wangi.
3) Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi. Tunggu hingga mendidih.
4) Masukkan bawang yang dihiris dan sotong dan kacau.
5) Biarkan hingga bawang layu & sotong masak.
6) Masukkan garam dan cuka (sedikit sahaja).
7) Gaul sebati Semua bahan dan masak
8) Sedia untuk dihidang

7. Sotong Goreng Kunyit



kredit  foto :  salamisimon1 

Bahan-bahan:
  • 500 gram sotong - bersihkan - buang dakwat - buang mata dan mulut - potong ikut citarasa - perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - biarkan selama 15 minit
  • 10 batang kacang buncis - bersihkan - potong 3 cm
  • 1/2 batang lobak merah - kupas kulit - hiris bulat nipis
  • 5 helai daun limau purut - buang urat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar minyak
Bahan hiris:
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih2 biji cili hijau
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga terbit bau.
2. Besarkan api dapur. Kemudian masukkan secara serentak sotong, lobak merah dan kacang buncis.
3. Kacau rata. Masak di antara 2 hingga 3 minit sahaja.
4. Tambahkan sos tiram dan masukkan daun limau purut.
5. Gaul sebati, dan padamkan api dapur.
6. Sedia untuk dihidangkan.


8. Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup



Kredit Foto :  AirTanganCikSiti

Bahan-bahan :
  • 4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
  • 1 cawan kecil tepung gandum
  • 1/2 cawan kecil tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Sebiji telur dipukul sedikit
  • Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak :

1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.
4. Panaskan minyak.
5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.
8. Nampak garing keperangan dah boleh angkat, siap untuk dihidangkan.

 9. Resepi Kari Sotong



Bahan-Bahan:
  • 1 kg sotong-bersihkan, cuci dan toskan
  • 2 biji tomato, belah 4
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 sudu besar rempah kari ikan *
  • 1 sudu besar rempah kari daging * (*di bancuh dngn sedikit air)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar kicap manis jalen
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • Air jika perlu
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis
Bahan Hiris dan Tumis –
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tangkai daun kari, dilurut
  • 2 batang serai- di ketuk
Cara Memasak:
1. Sotong di bersihkan, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan hiris hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Guna api yang sederhana dan setiasalah dikacau. Masukkan air sedikit dan biarkan mendidih.
3. Masukkan sotong, asam gelugor, madu, sos tiram, dan kicap. Kemudian, gaul rata.
4. Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih lagi. Siap, tutup api dan hidangkan.

10. Sotong Kam Heong



Kredit Foto : Explorerasa

Bahan-bahan:-
  • 12 ekor sotong bersaiz kecil. Bersihkan, potong bulat dan perap dengan 2 hingga 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 ulas bawang putih - di cincang kasar
  • 4 ulas bawang merah - di cincang kasar
  • 6 tangkai cili padi di hiris
  • 2 sudu besar udang kering (Rendam sebentar, toskan dan cincang)
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  • 3 pelepah daun kari
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram - saya tambah
  • 2-3 sudu besar air
Cara Memasak :
1. Panaskan kuali. Masukkan 6 sudu besar minyak masak dan goreng sotong yang di perap dengan tepung jagung. Goreng sebentar sahaja dalam 1 minit, angkat dan toskan. Bersihkan kuali tersebut.
2. Masukkan pula dua sudu besar minyak masak, tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan daun kari hingga kekuningan.
3. Masukkan udang kering yang di cincang sambil di kacau hingga sebati dan berbau wangi.
4. Tuang serbuk kari, kicap cair dan sos tiram. Besarkan sedikit api dapur dan masukkan pula sotong sambil di kacau. Masukkan juga air dan masak sehingga kuah sebati dengan sotong. Setelah masak sepenuhnya, matikan api dapur dan hidang sotong tersebut dengan nasi panas.

11. Resepi Sotong Bakar Percik



Kredit Foto : Youtube RajinKeDapur

Bahan-Bahan:
  • 1/2 kg sotong
  • serbuk kunyit
  • garam halus
Bahan Percik 
  • 2 batang serai – Diketuk/Kisar
  • *10 tangkai cili kering (Potong pendek dan direbus)
  • *sedikit belacan
  • *1 labu bawang besar
  • *2 – 3 inci kunyit hidup
  • *1 cawan santan cair
  • *1 sudu kecil jintan manis
  • * 4-5tangkai cili padi
  • jus asam jawa/asam keping
  • 1/2 cawan pati santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit
Cara Buat Bahan Percik –
1. Kisar bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik.
2. Masak sampai bahan agak pekat, masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula.
3. Biarkan mendidih, carik-carikan/hiris halus daun kunyit, kemudian, masukkan kedalam kuah percik.

Cara Memasak:
1. Cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas sahaja.
2. Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Bakar/panggang sampai masak.
3. Bila sotong dah masak boleh ambik sedikit percik tadi siram atas sotong. Balik kan sampai percik agak garing.
4. Baki percik, siram atas sotong masa hidang dalam pinggan nanti.

12. SOTONG SUMBAT MASAM MANIS


Kredit Foto : Myresepi.com

Bahan luaran:
  • 5 ekor sotong dibuang kulitnya dan dibersihkan
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cili boh atau cili kering kisar
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh gula kalo suka..lau x suka x yah masuk gula tp x de lak namanya masam manis kan hihi...
Bahan sumbat:
  • 200 gram udang atau 4 ekor udang
  • 2 biji telur
  • 1 biji cili hijau dan 1 biji cili merah...lau x mau pedas x yah letak
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun sup
  • 1 sudu besar minyak masak
  • sayur sayuran carrot, bunga kobis hijau dan putih..dsb boleh letak sayur yg digemari
  • garam secukup rasa
Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak tumiskan bahan sumbat bawang merah dan udang kacau rata
2. Masukkan telur biarkan kerasdan hancurkan
3. Masukkan garam,cili merah,cili hijau,daun sup,daun bawang dan sayur sayuran (terpulang nk letak ke tak)kacau hingga masak, tutup api dan ketepikan.
4. Ambil sotong dan masukkan bahan sumbat ke dalam sotong dan tutup dengan kepala sotong sematkan dengan lidi.

Cara membuat kuahnya:

1. Panaskan minyak,tumis bawang besar,bawang putih dan cili kisar sehingga wangi
2. Masukkan sos tomato,sos cili dan gula kacau sehingga masak
3. Masukkan sotong sehingga mendidih.
4. Angkat dan boleh dihidangkan dgn hirisan daun bawang...

13. Sotong Goreng Serai Bersantan 



Bahan-Bahannya:
600 gm Sotong segar
20gm Serbuk Santan
3 ulas Bawang putih - di hiris halus
6 Ulas Bawang kecil - dhiris halus
4 helai Daun limau purut - dihiris halus
2 btg Serai - dihiris halus
8 biji Cili padi - dititik
2 biji Air limau nipis
10 helai Daun ketumbar
2 sudu makan Sos ikan Thai
3 sudu besar Minyak masak
4 biji Cili hijau - dihiris
4 sdm Sos tiram
2 sudu makan Cili merah - dihiris
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, bawang kecil dan serai hingga naik bau. Kemudian masukkan sotong dan kacau hingga sebati.
2. Masukkan daun limau purut, cili padi, daun ketumbar, sos ikan, sos tiram, cili merah, air limau nipis dan kacau selama 2 minit. Masukkan Santan
3. Kacau selama 4 minit lagi dan masukan cili hijau dan garam secukup rasa.
4. Hias dengan daun ketumbar dan cili merah.
5. Siap untuk dihidangkan.

14. Sotong Masak Ala Mamak



Sumber--->Fiza's cooking

500gm Sotong - boleh gantikan dengan udang
2 biji tomato masak - dicincang
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 tangkai daun kari
1 inci kulit kayu manis
garam & gula secukup rasa

Bahan Kisar
20 tangkai cili kering - yang telah di rebus - toskan
1 sudu teh lada hitam
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar serbuk rempah kari daging

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumis tomato, bawang besar , daun kari sehingga wangi dan kekuningan.
2. Seterusnya masukkan kulit kayu manis.
3. Tuang bahan kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan sotong dan gaul rata, biarkan masak.
5. Sedia untuk Dihidangkan.

15. Sotong Kukus Thai / Thai Steamed Calamari


Kredit Foto : Resipi Citarasawan

Bahan-bahan
  • 1/2kg sotong (4-5 ekor)
  • 1 batang serai - hiris halus
  • 4 hiris lengkuas
  • 4 ulas bawang putih - hiris
  • 1 tangkai daun ketumbar bersama akar
  • 2 helai daun limau purut
Sos
  • Bahan-bahan (Ingredient)
  • 6 tangkai cili padi merah dan hijau - hiris
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar jus limau nipis
  • 2 1/2 sudu besar sos ikan
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 ulas bawang putih - hiris
Penyediaan :
  1. Kelar sotong tapi jangan sampai putus. Masukkan ke dalam bekas bersama serai, lengkuas, bawang putih, akar daun ketumbar dan limau purut.
  2. Kukus hingga masak. Angkat dan keluarkan airnya.
  3. Susun ke dalam pinggan.
  4. Satukan semua bahan sos, kacau rata. Tuang ke atas sotong kukus tadi.
  5. Tabur dengan hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis.
16. Resepi Sotong Bakar Bersambal



Bahan-bahannya
Sotong (saiz besar kalau dapat dengan telurnya sekali)
  • 15 tangkai lada kering - perlu dikisar
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • air asam jawa -secukupnya
  • garam dan gula
  • Sedikit minyak masak
Cara-cara memasaknya
  1. Permulaannya sotong perlu dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
  2. Kemudian untuk membuat sambal, anda kisar semua bahan (lada kering,cili merah, semua bawang, buah keras dan serai)
  3. Selepas itu anda masukkan sos tiram dan air asam jawa.
  4. Kemudian masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan sedikit minyak masak..Adun semuanya hingga sebati untuk dijadikan sambal
  5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
  6. Masaklah lebih kurang 5-7 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak. Jangan terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.
17. Kerabu Sotong Ala Thai



Bahan-Bahan:
  • 6 ekor sotong
  • 2 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 biji tomato - potong dadu
  • 10 biji cili api - dipotong
  • 3 tangkai daun ketumbar
  • 2 batang serai - dipotong halus
  • 1 @2 biji asam limau - perah air
  • 1 sudu sos ikan (kalau ada)
  • Gula, garam dan sedikit serbuk perisa
Cara-cara:
  1. Rebus sotong seketika kemudian toskan
  2. Dalam satu mangkuk gaulkan kesemua bahan2 yang telah dipotong
  3. Masukkan gula, garam, sedikit serbuk perisa dan perahan asam limau
  4. Agak2 jer ada rasa masin, sedikit manis dan masam..
18. Resepi Paprik Sotong Sedap



Bahan-bahan:
  • 3-4 ekor sotong - bersihkan dan potong
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 labu bwg besar - dihiris kasar
  • 2 batang serai - dihiris kasar
  • 2 helai daun limau purut
  • 5 biji cili padi - di ketuk
  • 1 biji cili merah-hiris menyerong
  • Sedikit bunga kobis, kacang buncis dan carrot
  • Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan- sukatan agak2 la ye..
  • Garam sekiranya perlu
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara menyediakan paprik sotong sedap
1. Panaskan minyak,Tumis bawang bwg putih dan cili padi ketuk, kacau sekejap.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram ,sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah. Rasa dan sekiranya perlu, tambahkan sedikit garam.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.
Semoga perkongsian resepi paprik sotong di atas dapat memberikan anda idea baru untuk memasak demi keluarga tersayang.

Selamat mencuba
Sekian.

Kredit : kisahresepi

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post