21 Kata-Kata Hikmah Ustaz Ebit Lew Yang Meninggalkan Kesan Mendalam Di Hati

Jangan pernah menilai keburukan orang lain hanya karena mereka terlihat miskin. Ingatlah, kekayaan tidak bergantung atas seberapa banyak yang kita punya, tapi seberapa mampu kita berbagi kepada mereka yang tidak mampu.



Biodata Ustaz Ebit Lew 
Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
Umur: 36 Tahun
Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
Bangsa : Cina
Agama: Islam
Status : Berkahwin

Pendidikan :
SK Bukit Ridan (1991-1996)
SMK Muadzam Shah (1997-1999)
SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
Universiti Putra Malaysia (UPM)


Pencapaian :
  • Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.
  • Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.
  • Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.
  • Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.
  • Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.
  • Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan.
Perunding Latihan, Penceramah Motivasi, Penulis
  • Mengendalikan Lebih Dari 1000 kursus- kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan.
  • Biasa memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura, Pakistan & Thailand.
  • Panel jemputan di beberapa slot di saluran radio IKIM.fm Motivasi Pagi di Ikim, Islam Agamaku (Ikim.fm) Slot Usrah Nurani,Slot Islam Itu Indah (Ikim.Fm) dll
  • Panel jemputan beberapa rancangan televisyen seperti Semanis Kurma (Tv9), Tv Al-Hijrah.
  • Merupakan panel penulis beberapa majalah, akhbar dan merupakan pengarang buku Tangisan Umat & Perjalanan Hidayah Umat
21 Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew

1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”

2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”

3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”

4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”

5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”



6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”

7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”

8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”

9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”

10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah, itulah cinta yang sebenar.”

12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”



13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”

14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”

15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”

17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”

18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”

19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”

20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”

21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”

22. "Allah Uji Sebab Allah Sayang"


*Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew*

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Terima kasih atas koleksi ucapan UEL. Saya simpan dan share ya.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post