(10 Foto) Barangan Dalam Shopping Mall Berkulat Selepas 2 Bulan Tutup Kerana PKP

Setelah dua bulan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan termasuklah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, banyak pusat perniagaan seperti kedai dan pusat membeli-belah menghentikan operasi secara sementara. Hal ini juga bertujuan untuk memudahkan proses sanitasi awam yang dijalankan oleh kerajaan bagi sesi menyahkuman.


Namun, semalam terdapat banyak perkongsian gambar di laman media sosial dimana kita dapat lihat kesan dari PKP ini banyak barang di pusat membeli-belah sudah rosak! Kenapa sampai begitu?


BERKULAT BARANG-BARANG YANG DIJUAL

Hal ini kerana dengan penutupan sementara di pusat membeli-belah, sistem pengudaraan yang tidak baik boleh menyebabkan barangan yang ada di dalam bangunan tersebut mudah rosak terutama sekali barangan kulit.


GEDUNG beli-belah Metrojaya mengesahkan gambar tular memperlihatkan kerosakan pada barangan kulit serta pakaian di cawangan Metrojaya Suria Sabah di Kota Kinabalu.

Pengendali gedung beli-belah itu, Kumpulan The MUI mengakui berlaku kerosakan pada sebahagian barangan jualan mereka di Metrojaya Suria Sabah, namun kesal dengan penyebaran gambar terbabit yang sepatutnya untuk kegunaan siasatan dalaman sahaja.






Ketua Pemasaran Kumpulan The MUI, Karen Mak berkata, ada pelbagai sebab mengakibatkan barangan di premis berkenaan dalam keadaan seperti itu, namun punca sebenar masih dalam siasatan.

Beliau berkata, semua barangan yang rosak sudah dikeluarkan daripada rak pameran dan digantikan dengan stok baharu.





"Kami menutup operasi selama hampir dua bulan sejak 18 Mac lalu sesuai dengan arahan kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kami mengambil langkah pencegahan yang diperlukan mengikut panduan pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan memberi jaminan pelanggan boleh membeli-belah dengan selamat di premis terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, Metrojaya Suria Sabah dijangka bakal beroperasi semula pada 13 Mei ini.





Memang sayang betul tengok gambar kasut-kasut yang masih baru tetapi sudah berkulat.




Udara lembap dlm tu , so jd cam tu. Boleh bersihkan tu. Pernah kena walaupun wallet 3k satu. Tu ori kulit. Kena sebb lama tak pakai then xletak dalam dust bag dia. Lap dengan tisu atau kain basah settle. Bukan sbb kulit atau bukan kulit tapi sbb udara

Sbb aircond x buka...semua brg jd bekuap dlm kedai tu..tiada pengudaraan yang baik jadi barangan jadi berkulat.

Kredit : Nex Nezeum / HMetro

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post