PEMBUKAAN semula sektor ekonomi bermula 4 Mei ini adalah hasil positif yang dicapai daripada pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan kerja keras petugas barisan hadapan dalam memerangi penularan Covid-19. Namun, Kerajaan juag sedar tentang potensi penularan atau jangkitan semula jika berlaku ketidakpatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Bagi memastikan pembukaan sektor ekonomi ini menepati sasaran, Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mengecualikan beberapa sektor dan aktiviti tertentu yang berisiko menyebabkan penularan wabak Covid-19.
- Sukar mengawal keadaan yang terdapat ramai orang pada satu-satu masa.
- Kemungkinan pendedahan kepada titisan pernafasan.
- Sukar untuk mengawal perilaku.
- Kemungkinan kontak rapat dalam masa panjang yang tidak dapat dielakkan.
- Keberadaan dalam ruang rapat dan tertutup pada masa lama.
SENARAI AKTIVITI DILARANG KERAJAAN
1. Hiburan dan Riadah
- Pawagam
- Pusat Karaoke
- Taman Tema
- Muzium
- Busking
2. Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan
- Perarakan keagamaan
- Aktiviti agama berjemaah di masjid/rumah ibadat
- Sambutan ulang tahun pasukan keselamatan (perarakan)
- Sambutan Aidilfitri, kecuali ahli keluarga terdekat (*perjalanan pulang Raya akan diumumkan kelak)
3. Persidangan dan Pameran
- Pameran kerjaya
- Pameran perkahwinan
- Promosi dan pakej pelancongan
- Karnival jualan
- Semua jenis persidangan melibatkan kumpulan ramai
4. Pendidikan
- Sukan ketika sesi persekolahan
- Aktiviti kokurikulum bersemuka
- Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
- Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih 10 orang
5. Sukan
- Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong/penonton yang ramai (stadium)
- Segala aktiviti sukan dalaman (termasuk gimnasium)
- Kolam renang
- Sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang
6. Aktiviti Sosial
- Kenduri-kendara
- Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya
7. Pengangkutan
- Kapal persiaran
8. Perniagaan Berpremis/Penjajaan Tanpa Premis/Pasar Berbangunan/Pasar Tanpa Premis/Peruncitan/Serbaneka Makanan & Minuman
- Bilangan pelanggan yang sangat ramai pada satu-satu masa (tertakluk pengiraan radius jarak minimum 1 meter)
- Bazar Ramadan
- Bazar Hari Raya
9. Kemudahan Penginapan Berpusat Pekerja (CLQ)/Hostel/Asrama Pekerja di Sektor Pembuatan dan Lain-Lain
- Terima pelawat
- Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
- Solat berjemaah/aktiviti ibadah lain
10. Pemasangan dan Penyenggaraan Jentera (Lif, Eskalator, Dandang dan Lain-Lain) bagi Sektor Perkhidmatan/Menara Kren (Tower Crane) di Tapak Pembinaan.
- Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih 10 orang
11. Kedai Pakaian dan Aksesori Fesyen
- Aktiviti mencuba pakaian
12. Dobi (khas dobi layan diri)
- Aktiviti melipat pakaian
13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan Secara Bersemuka
14. Aktiviti Pensijilan bagi Agrikomoditi
15. Kedai Gunting Rambut dan Salun Kecantikan
16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan
- Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini hingga diumumkan kelak
17. Pengurusan Perhutanan
- Eko pelancongan hutan
- Latihan perhutanan
18. Perlombongan dan Kuari
- Permohonan baharu bagi peperiksaan teori dan amali pembedil (peletupan)
19. Perladangan dan Pertanian
- Hari bertemu pelanggan
- Hari jualan barang bekalan ladang(BBL)
- Pesta makan buah-buahan
- Kursus/seminar
- Konvokesyen institut pertanian
- Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya
20. Perikanan
- Aktiviti perikanan rekreasi
- Pusat taman laut, pameran dan akuarium
21. Seni Kreatif
- Penggambaran filem
- Acara/konsert/program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam
22. Kebudayaan dan Kesenian
- Pameran yang melibatkan interaksi antara pelawak dan orang seni
23. Pelancongan dan Perhotelan
- Penggunaan fasiliti hotel seperti surau, gimnasium, spa, sauna, sounge, kolam renang, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan, restoran dan kafe (bagi tujuan bufet)
Sekian.