515ArtContest! 10 Karya Lukisan Hero Mobile Legend Sambut Raya Aidilfitri

Ramadan semakin hampir dan kami rasa ini adalah peluang yang terbaik untuk anda menyerlahkan lagi kreativiti anda. Maka, kami bawakan Pertandingan Seni Lukis bertemakan Hari Raya Aidilfitri untuk semua pemain MLBB! Karya anda boleh dihasilkan melalui lakaran tangan, cat air dalam format digital atau mana-mana kanvas dua dimensi. Serlahkan kreativiti anda!
.
Dengan kerjasama bersama Clazroom College, kami ingin berterima kasih kepada para pelukis mereka yang menghasilkan karikatur yang begitu comel bagi 515 eParty! Lihat si Badang tu ! Dia sangat menyukai hidangan tradisional ketupat !


Tempoh Acara  
Tempoh penghantaran: 23 April - 15 Mei
Pengumuman Pemenang: 24 Mei
.
Hadiah
Hadiah Utama - 1 x Lesley - Stellaris Ghost (Skin Epik Edisi Terhad)
Hadiah Kedua - 1 x Harith: Inspirer (Bernilai 1,089 Diamonds )
Hadiah Ketiga - 5 x Guinevere: Fleur de Bleau
Penghargaan Istimewa - 5 x Esmeralda: Ruddy Dusk
Saguhati - 5 x Gusion: Moonlight Sonata

Langkah-Langkah Penyertaan
1) Lakarkan karya anda (melalui lakaran tangan, cat air, digital atau format 2D yang lain) berdasarkan Hero MLBB sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri
2) Muat naik karya anda ke dalam ruangan komen post ini
3) Sertakan hashtag #515ArtContest #515eParty di hantaran anda
4) Komen In-Game ID dan Server ID anda
.
Syarat Karya Seni 
1. Latar belakang karya anda haruslah bertemakan Hari Raya Aidilfitri
2. Anda boleh melakar hero-hero MLBB menyambut Hari Raya Aidilfitri  dengan cara paling kreatif
3. Karya boleh dilakar dengan tangan atau lakaran digital
4. Karya haruslah asli (hasil tangan anda sendiri dan tidak pernah diterbitkan dimana-mana platform sebelum ini). Karya plagiat akan dibatalkan penyertaan
5. Karya yang terpilih mungkin akan diterbitkan di laman Facebook MLBB, laman media sosial MLBB yang lain atau semasa acara MLBB dijalankan. Untuk maklumat lanjut, sila layari ke laman web rasmi MLBB dan rujuk Dasar Kandungan Derivatif (Derivative Content Policy) 





Jom kita selongkar antara penyertaan yang diterima

  
Tan Chua Mt
Alucard and Clint celebrating Hari Raya Aidilfitri with Miya





Fyruz
Badang, Nana dan akai
mengucapkn"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA KAWAN2 .. jaga diri dan jaga kesihatan


Evandy Eamon

Yusuf Hassan

Tengku Ahmad Syamil

Fakudy Fakhrul

Zuhdi Amir

Khairul Hadi

Khairul Hadi




natsuoyoshii

Hebat sekali seni lukis yang dihasilkan para peminat MLBB! Walaubagaimanapun, pemenang untuk pertandingan ini masih belum dipilih dan hanya akan diumumkan pada 24 Mei 2020.

Jika anda rasa anda mempunyai bakat melukis, jangan terlepas peluang menyertai pertanding ini kerana anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti skin edisi terhad serta 10,000 Diamonds.

Untuk maklumat lanjut tentang Pertandingan Seni Lukis ini, sila layari laman Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post