Berita mengenai seekor gajah liar bunting yang mati akibat termakan buah nenas yang diisi dengan mercun pada 27 Mei lalu telah mencetuskan kemarahan ramai.
Malahan, Ketua Menteri Kerala juga turut menjanjikan tindakan tegas ke atas pesalah yang membunuh gajah tersebut.
Shaatish Art
“Jabatan kehutanan kini sedang menyiasat kes itu dan pelakunya dijamin tidak akan terlepas daripada perbuatannya ini,” kata Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan pada Rabu.
Selain daripada itu juga, sebanyak dua buah organisasi turut mengumumkan untuk memberikan ganjaran wang tunai kepada sesiapa sahaja yang dapat memberikan maklumat yang akan menyebabkan pelakunya ditangkap.
Terdahulu, gajah yang mati itu didakwa telah memakan buah nenas yang berisi dengan mercun pada 27 Mei lalu.
Kematian tragis gajah itu telah mendapat perhatian dan mencetuskan kemarahan ramai orang selepas salah seorang pegawai hutan bernama Mohan Krishnan memuat naik perkongsian berkenaan kisah gajah tersebut di laman Facebooknya.
“Maafkan saya kak,” tulis Krishnan selepas terpaksa menyaksikan detik-detik terakhir gajah itu.
Susulan daripada kejadian itu, orang ramai yang berang akan kematian tragik gajah itu telah menunjukkan tanda solidariti buat gajah tersebut.
SORRY SISTER, YOU THOUGHT THEY ARE HUMANS BUT THEY ARE DEMONS.
I am Sorry My Baby
Sebagai manusia, saya minta maaf.
Relax, There are no humans here!
We believed You. You Betrayed Us
The last conversation
Sify.com
Mom where are we going?
Namun begitu ada kisah disebaliknya lagi..
Seorang Pegawai Perhutanan India memberitahu, Nanas tersebut sebenarnya dibuat untuk babi hutan yang telah memusnahkan banyak harta benda orang disana. Walaupun ia tetap kejam kepada babi hutan, orang kampung disana tidak akan bagi gajah makan nanas berbahaya seperti itu.
Bila cerita-cerita seperti ini memenuhi dada akhbar, akan ada segelintir orang akan menjadikan perkara ini sebagai agenda politik.
Maneka Sanjay Gandhu, salah seorang ahli BJP (Parti yang memerintah) telah dituduh sengaja menimbulkan kebencian di kalangan penduduk dengan mengatakan yang Malappuram adalah negeri paling ganas terhadap kekejaman haiwan.
Tetapi seorang pengguna twitter turut memperbetulkan tweet Maneka dan mengatakan yang insiden in ibukan terjadi di Malappuram, tapi di Palakkad.
Apa-apa pun kejadian yang berlaku ke atas gajah tersebut adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan kita sepatutnya berjuang untuk hentikan keganasan terhadap haiwan. semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran dan tauladan buat masa depan.
#elephantkerala #ElephantDeath

Rajesh