Ketahui Cara-Cara Pilih Durian Yang Masak Cantik Sebelum Keluarkan Duit

Setiap kali tiba musim durian pasti lambakan durian dijual merata dengan harga yang begitu rendah. Jadi, untuk peminat durian di luar sana, memang boleh jadi gila tengok durian!




Tapi nak beli durian nak pilih buah yang cantik dan terbaik mesti ada ilmu juga. Oleh itu, ini 10 tips memilih durian yang memang terjamin anda akan berpuas hati.
1. Bentuk bulat
Buah durian yang berbentuk bulat isinya besar dan banyak. Durian berbentuk lonjong atau sedikit bujur pula, kebiasaannya isinya cuma sedikit. Tetapi, durian lonjong ni bukannya tidak bagus, malah durian berbentuk sebegini, isinya lebih manis dan sedap. 

2. Goncang Buah Durian
Pegang dan letak kedua tapak tangan pada buah durian, pegang dengan erat dan goncang perlahan-lahan. Jika dapat rasa getaran kecil, ia bermakna isi durian itu dah matang dan kering.
Isi yang kering ini akan terpisah dari kulit durian, manakala isi yang lembab, lunak, berlemak akan melekat pada dinding kulit durian. Aha .. tips ini sangat bagus untuk memilih isi durian yang berkualiti, dan puas memakannya.




3. Berat durian

Pilih buah durian yang ringan. Kalau berat tu, selalunya berat kulit semata. Durian yang ringan menunjukkan sifat isinya yang padat, dan berbiji kecil. Manakala, durian yang berat kebiasannya masih mentah, isinya sudah berair, kemungkinan sudah busuk atau sudah tidak elok.

4. Tangkai
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.

5. Bunyi
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.


6. Duri
Sekiranya kulit berduri jarang dan besar-besar, maka durian itu berisi padat. Jika duri durian itu kecil dan berjarak dekat, isi durian itu pasti lembik dan kurang padat. 


Kredit :  PendidikanPemasaranFAMA 

7. Bau
Hidu durian dan cari yang berbau manis. Ini teknik atau tips paling mudah nak mendapatkan durian yang sedap dan puas hati. Durian yang berbau kuat, kemungkinan besar buahnya besar, manis dan matang. Manakala, durian yang kurang menyengat baunya, buah durian itu mungkin masih belum masak sepenuhnya, isinya agak keras

Kalau tak ada bau langsung, maka isinya sudah masuk angin. Kemungkinan besar, isinya juga tidak berapa sedap dan berasa tawar.

8. Juring / Pangsa Durian
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.



Caranya ialah dengan melihat garisan pangsa dari permukaan kulit durian. Anda perhatikan garis tersebut dari hujung ke hujung buah durian.

9. Kulit
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

10. Warna
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.


Xtra
Musim Durian
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.
Bawa bekas sendiri
Bagitau penjual durian kat dalam kereta ada orang alergi dengan bau durian. Minta penjual durian kopek durian dan kau sendiri nak buat kerja masukkan durian dalam bekas untuk kurangkan bau dalan kereta.

Biasanya penjual akan bersetuju. Customer selalu diutamakan. Jadi, pilih durian. Timbang dan penjual durian akan beritahu harga. Kalau ada mana-mana durian yang dikopek oleh penjual itu dijumpai busuk atau ada ulat, tunjuk kepada penjual durian.

Harap korang boleh guna tips ni untuk pilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni
Ye la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga. Moga tips-tips diberikan untuk pilih durian yang bagus, sedap, berkualiti dan puas hati ini dapat dimanfaatkan oleh para penggemar raja buah ini.

#musimduriantibalagi #jadipembelibijak

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

    -tunang/kekasih berpaling hati
    -minyak pengasih
    -pelaris niaga
    -pelet
    -pemikat
    -buka aura
    -santau sum power
    -pelaris dalam galian
    -santau angin
    -santau tepuk bantal
    -santau patung
    -santau Siam
    -santau di Kedah
    -ilmu pengasih
    -ilmu penunduk
    -buka aura

    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

    WhatsApp +62 822 4631 1483




    ReplyDelete
Previous Post Next Post