8 Sebab Seorang Suri Rumahtangga Mesti Menabung Demi Masa Depan

Seawal pagi bangun solat subuh, siapkan sarapan, gosok baju, mandikan anak-anak, suap anak, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, masak. Ini boleh dikatakan rutin harian suri rumahtangga.  

SURI RUMAH MESTI MENABUNG


1. Jika kita suri rumah sepenuh masa, kerja jaga anak dan suami tercinta.

2. Minta suami berikan nafkah secara tetap dan konsisten, lebih bagus jika dapat buat potongan gaji terus kedalam bank kita lebih mulia.


3. Tentera dan askar dah lama lakukan ini. Potongan berdasarkan pangkat dan gaji.

4. Bahagikan simpanan ini kepada dua bahagian, Satu untuk belanja diri dan satu untuk simpanan.

5. Jika suami cakap "duit tak cukup la", buatlah rayuan dengan penuh 'godaan'. Potong apa yang patut janji ada simpanan. Takkan goda suami nak ajarkan

6. Bantu suami jana pendapatan dan buatlah simpanan. Duit yang dapat masukkan dalam akaun yang tiada kad ATM, agar susah nak keluarkan.

7. Buat tabungan segera selagi suami ada kerja, mereka mungkin lalai untuk menyimpan sebab semua belanja atas bahu mereka sahaja.

Jadilah isteri yang bantu suami yang budiman ini. Mereka perlukan bantuan dan kasih sayang

8.  Jika suami ada kecemasan atau bencana datang kita ada simpanan sendiri dan boleh berdikari.

"Suami gaji besar, buat apa nak menabung?".

Jangan jadi tuhan, bersedialah untuk hidup berkabung.

Zaman ini zaman susah, buat simpanan sebanyak yang ada sebelum datangnya bencana.

Semoga berjaya.


Kredit : Azizul Azli Ahmad
#IsteriMitahliBantuSuami 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post