Roti canai sememangnya menjadi menu sarapan pagi popular masyarakat Malaysia selain nasi lemak. Roti canai jika dimakan sewaktu masih panas, kemudian dicicah dengan kuah kari ikan, dal, atau kuah sambal bilis. Fuhh.. memang menyengat rasanya! dipadankan pula dengan teh tarik kaw!
Buat yang teringin tu, boleh singgah ke Warung Dimyati Roti Canai bermula pukul 7 pagi sehingga 12 tengahari. Walau bagaimanapun, warung ini tidak dibuka pada hari Isnin dan Jumaat.
Lain daripada yang lain, keunikan roti canai ular yang dijual di Kota Bharu Kelantan meraih perhatian ramai. Pemilik, Che Harun Ali mengakui roti yang diuli berbentuk ular itu berjaya menambat hati pelanggan ke kedai makannya.
Lokasi gerai ini letaknya bersebelahan dengan stesen minyak BH Petrol, sebelum simpang ke Bachang di Lebuh AMJ yang menghala ke Bandaraya Melaka iaitu simpang sebelum jambatan ke Melaka Sentral dan Tesco.
Pengingkatan kes Covid19 yang dilaporkan telah membautkan idea Roti canai pelitup muka dihasilkan. Pemilik Hotel Temple City, K Laksmana Kumar berkata idea itu juga datang disebabkan masih ramai penduduk di Madurai yang tidak memakai pelitup muka.
Roti canai pelitup muka ini dijual pada harga 50rupee (Rm2.83) sama seperti harga roti canai biasa yang lain. Apabila ada sesuatu yang rare seperti ini, ramai yang akan selfie bersama roti canai tersebut. Jadi secara tidak langsung menggalakkan orang ramai akan fungsi dan kepentingan pelitup muka.
Dalam banyak-banyak roti canai, banyak lagi yang belum explore dan ketahui selain roti canai kosong, roti canai telur terdapat banyak lagi yang boleh anda cuba
1. Roti Canai Pelangi
1. Roti Canai Pelangi
Roti Canai Pelangi boleh didapati di Warung Dimyati Roti Canai yang terletak di Kampung Sungai Yu 1, Kuala Selangor. Buat penggemar roti canai di luar sana, pasti teruja dan tidak ingin melepaskan peluang untuk merasai keenakan dan kelainan Roti Canai Pelangi yang menjadi menu utamanya sejak tahun 2018.
Buat yang teringin tu, boleh singgah ke Warung Dimyati Roti Canai bermula pukul 7 pagi sehingga 12 tengahari. Walau bagaimanapun, warung ini tidak dibuka pada hari Isnin dan Jumaat.
Alamat: Lot 2430 Batu 3 Kampung Sungai Yu 1, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi:
7 pagi - 12 tengahari (Isnin & Jumaat CUTI)
No. Telefon: 012-234 8627
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Peta lokasi Google Map: https://g.co/kgs/6eTK37
Waktu Operasi:
7 pagi - 12 tengahari (Isnin & Jumaat CUTI)
No. Telefon: 012-234 8627
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Peta lokasi Google Map: https://g.co/kgs/6eTK37
2. Roti Canai Ular
Lain daripada yang lain, keunikan roti canai ular yang dijual di Kota Bharu Kelantan meraih perhatian ramai. Pemilik, Che Harun Ali mengakui roti yang diuli berbentuk ular itu berjaya menambat hati pelanggan ke kedai makannya.
Pernah tular dan dibahas netizen tentang status halalmhalal yang menyerupai haiwan di media sosial dan telah diperjelaskan oleh mufti yang mana statusnya adalah tidak haram selagi bahan yang digunakan untuk membuat makanan itu adalah dari sumber yang halal serta pembelian itu adalah bertujuan untuk makan dan bukan untuk diagungkan.
3. Roti Canai Goreng
Roti canai goreng dibuat dengan mencincang atau mengiris roti canai menjadi kepingan, kemudian tumis dengan bahan-bahan seperti telur, bawang, kubis, dan juga daging lalu digoreng seperti menggoreng mee goreng atau nasi goreng. Hasilnya memang nampak menyelerakan.Menurut penelitian di Instagram, kita sekarang tahu bahawa Nathan's Corner di OUG, Ram's Corner Mamak di Klang, al-Alif Bistro di Kota Kemuning, 868 Mamak di Serdang, dan Seetharam di Brickfields adamada roti canai goreng juga. Jadi boleh lah mencuba sendiri roti canai goreng ini.
4. Roti Canai Arang
Gerai Roti canai kayu arang ini begitu terkenal dengan makanan pagi dan makanan traditional yang biasa kita makan di waktu pagi seperti, roti canai, roti tampal dangdut (telur ayam separuh masak) dan nasi lemak kukus.
Selain pelbagai sajian makanan traditional, gerai yang sentiasa dipenuhi dengan orang ramai ini turut menyajikan hidangan sedap dan popular yang menjadi trend terkini dan menu olahan untuk menepati citarasa orang awam seperti roti canai nachos yang dipenuhi cheese, ayam crispy dan sotong king yang rangup dan besar.
Lokasi gerai ini letaknya bersebelahan dengan stesen minyak BH Petrol, sebelum simpang ke Bachang di Lebuh AMJ yang menghala ke Bandaraya Melaka iaitu simpang sebelum jambatan ke Melaka Sentral dan Tesco.
Gerai Roti Canai Kayu Arang ini juga terkenal dan pernah mendapat liputan daripada program TV popular iaitu Jalan-Jalan Cari Makan yang disiarkan di saluran TV3 kerana keunikan cara masakan, keenakan makanannya dan perkhidmatan yang selalu menjadi sebutan orang ramai.
Menariknya, di sini semua jenis roti canainya ditebar oleh penebar roti canai wanita dan digoreng di atas dapur atau kuali yang menggunakan bakaran kayu arang. Semua pasti tahu, harga kayu arang kini tersangatlah mahal! Namun, pemiliknya tetap mahu mengekalkan cara masakan menggunakan kayu arang dan keunikan rasa roti canainya yang merupakan menu utama yang sering menjadi pilihan para pelanggan yang datang dari seluruh Malaysia.
5. Roti Canai Pelitup MukaPengingkatan kes Covid19 yang dilaporkan telah membautkan idea Roti canai pelitup muka dihasilkan. Pemilik Hotel Temple City, K Laksmana Kumar berkata idea itu juga datang disebabkan masih ramai penduduk di Madurai yang tidak memakai pelitup muka.
Roti canai pelitup muka ini dijual pada harga 50rupee (Rm2.83) sama seperti harga roti canai biasa yang lain. Apabila ada sesuatu yang rare seperti ini, ramai yang akan selfie bersama roti canai tersebut. Jadi secara tidak langsung menggalakkan orang ramai akan fungsi dan kepentingan pelitup muka.
Amacam...dapat idea tak untuk cuba sesuatu yang lain daripada yang lain.
Cabar tekak anda untuk merasa sesuatu yang baru
.
Sekian
macam-macam. ada ke yg order roti canai ular tu..hehe
ReplyDelete