5 Tip Show Off Anda Adalah Pengguna IPhone

Tips Untuk Beritahu Orang Bahawa Anda Adalah Pengguna iPhone. 

Memegang dan memiliki sebuah brand atau jenama Apple merupakan sebuah impian bagi sesetengah orang. Jadi merasa memilikinya adalah sebuah kebanggaan yang berharga bagi yang merasakan. 


1. Beli Warna Terbaru
Setiap tahun, model baharu iPhone akan mempunyai warna baharu seperti warna Rose Gold pada iPhone 6s, gold pada Xs dan Midnight Green pada 11Pro. 

Anda perlu membeli warna terbaru agar orang akan tahu bahawa peranti anda adalah iPhone terkini di pasaran.




2. Guna Pelindung Peranti Lutsinar
Setelah membeli model terbaru dengan warna baharu, pemilihan pelindung peranti juga dilihat amat penting. 

Pilih pelindung peranti lutsinar agar orang mengetahui bahawa anda sedang menggunakan iPhone baharu.



3. Selfie Depan Cermin
Pastikan anda kerap memuatnaik foto selfie di depan cermin terutamanya ketika berada di gym dan fitting room.



4. Cara Jawab Panggilan
Selain itu, ketika menjawab panggilan telefon di tempat awam, pastikan logo Apple peranti anda menghala ke arah orang ramai.



5. Pasang Stiker Apple di Kereta
Antara perkara yang paling rare sekali untuk memberitahu orang bahawa anda adalah pengguna iPhone, pastikan sticker iPhone di dalam kotak ditampalkan pada body atau cermin kereta. Dengan ini, anda akan dikenali sebagai the legend of iPhone.


Tip suka-suka..

Kredit : Wiser.my

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post