12 Iklan Merdeka 2020 Era Norma Baharu Penuh Mesej Tersirat

Setiap kali perayaan dan sambutan dalam Malaysia, pasti akan ada juga tvc atau iklan yang berkenaan merdeka dihasilkan bagi meraikan dan bersama memeriahkan sambutan perayaan yang disambut dan itu sudah menjadi sesuatu yang dinantikan netizen di luar sana apa lagi dan lagi idea yang akan disampaikan menerusi tvc untuk perayaan kali ini.


 
Jadi bagi sambutan hari kemerdekaan yang ke 63 tahun 2020 ini jom kita selongkar Iklan Merdeka & Hari Malaysia tahun ini

Iklan Merdeka Petronas 2020
Jangan mengalah sebelum melangkah, tepuklah dada tanya selera. Macam mana sama-sama nak selamatkan diri dari bahaya?

Tidak dapat dinafikan, iklan Petronas selalu dinanti oleh rakyat Malaysia menjelang hari perayaan. Ada saja idea menarik yang ditampilkan menerusi video mereka. Iklan bertajuk Operasi Koperasi menceritakan tentang semangat juang ‘pemadam’ di koperasi sekolah bersatu padu menyelamatkan rakan daripada diburu kucing.


 

Iklan Merdeka RHB Group  2020
Di waktu yang penuh cabaran ini, sedikit kebaikan mampu mengubah segalanya. Raikan kebaikan dan sebarkan positiviti demi kebangkitan negara tercinta.

Manakala, bank RHB juga tidak mahu ketinggalan dengan meraikan Merdeka dengan positif. Di waktu yang penuh cabaran ini, sedikit kebaikan sebenarnya mampu mengubah segalanya. RHB membawakan mesej ‘raikan kebaikan dan sebarkan positiviti demi kebangkitan negara tercinta’. Kita dapat lihat bagaimana semua rakyat bersatu hati memberi kerjasama antara satu sama lain. Paling penting sentiasa tolong menolong dan bertolak ansur.

 

Iklan Merdeka Yodoo 
Not Your Normal Merdeka Ad
Yoodo membawakan iklan lain dari yang lain di mana mereka menjemput 10 orang rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan budaya untuk menjawab soalan yang disediakan. Namun pasti anda tidak akan menjangkakan pengakhiran iklan ini . ‘Tetamu’ undangan yang dibawa akhirnya membuatkan mereka bersatu padu. Tengok sampai habis pasti pecah perut!


Iklan Merdeka GamudaLand - Malaysia, Through Her Lens

Iklan Gamuda Land kali ini mengetengahkan tentang kepelbagaian kaum dan budaya yang berada di Malaysia. Saksikan perjalanan seorang jurugambar berpengalaman, Bonnie Yap membawa korang semua melihat keindahan Malaysia melalui lensa kamera.

Iklan Merdeka R.Age - REUNITED

Semua sedia maklum wabak Covid-19 melanda dunia pada tahun ini memberi kesan kepada orang ramai. Eco World membawakan sebuah kisah dimana mengumpulkan beberapa bekas pesakit Covid yang berjaya bebas dari wabak ini. Namun kerana usaha dan penyatuan rakyat Malaysia berjaya membuatkan mereka sembuh. Iklan kolektif oleh semua #AnakAnakMalaysia ini memberi mesej bahawa setiap kita dapat memainkan peranan dalam membuat perbezaan jika kita bersatu bersama.


Iklan Merdeka Sunway Group - Teguh Bersama


Teguh Bersama diinspirasikan daripada kisah benar Japerin Rasdu yang membesar dalam serba kekurangan dan penuh onak duri semenjak kecil. Namun beliau sentiasa dikelilingi insan yang pemurah dan berhati mulia. Sempena Hari Kebangsaan ini, #SunwayforGood berganding bahu bagi membantu golongan yang memerlukan melalui Food Bank program. Setiap sumbangan anda besar nilainya dalam membantu kehidupan mereka. Terbaik Sunway!

Iklan Merdeka Digi - Hari Kebangsaan Kita

Pandemik Covid-19 meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua rakyat Malaysia. Ada yang kehilangan kerja, malah perniagaan terpaksa dihentikan dan hilang punca pendapatan. Iklan Digi kali ini berkongsi kecekalan rakyat Malaysia melawan Covid-19. Kita mesti boleh!

Iklan Merdeka Maxis - A Nation That Never Stops

Maxis membawakan iklan dengan cara mereka sendiri dengan mengaitkan tiada batasan sejauh mana kita pergi dengan bantuan teknologi pada masa kini. Mesej yang disampaikan adalah agar semua orang teruskan melangkah walaupun sukar kerana bersatu padu pasti membuatkan kita semua akan terus kehadapan. Ayuh rakyat Malaysia terus maju!

Iklan Merdeka Celcom - MeReka Merdeka

Antara iklan yang mendapat pujian netizen kerana Celcom berjaya membawakan mesej kisah dua generasi. Kisah bagaimana dua orang mempunya hasrat sama walaupun berdepan dengan cabaran yang berbeza. Apa yang menariknya adalah, iklan ini menampilkan dua orang istimewa iaitu Dr Wu Lein Teh iaitu seorang pereka semula topeng bedah N95 dan Sara Devong pereka pelitup muka sendiri dari Malaysia bergabung bagi membawa mesej ‘semarakkan perpaduan’.

Iklan Merdeka Etiqa - Sayap

Etiqa membawa khas lagu sempena Merdeka 2020 nyanyian Aizat Amdan. Lagu ini memberi makna tentang kehidupan kita yang boleh memberi kesan kepada sekeliling kita. Apa yang baik adalah bermula dari kita sendiri. Maka, marilah kita bersama-sama melebarkan sayap kebaikan agar dunia menjadi lebih indah! Memang terbaik lagu ini! 

Iklan Merdeka Saji - Bakar

Tidak ketinggalan jenama Saji yang sememangnya jenama susu terkenal membawa mesej ‘Kita Jaga Kita’ apabila menampilkan tiga sekawan berlainan bangsa dan agama bergaduh untuk berjumpa. Namun akhirnya sebenarnya mereka bergaduh untuk mem ‘BAKAR’ (BBQ). Begitulah mesej mendalam yang dibawakan oleh Saji mengenai rakyat Malaysia yang bersatu hati. Walaupun kita kadang kala bersengketa, tapi sebenarnya kita semua sama, kita jaga kita. Padu mesej Saji!

Iklan Merdeka Fresh lah!

Pernah tak kita ditanya mengenai apa itu Merdeka oleh kanak-kanak? Agaknya apa nak dijawab? Jenama Freshlah membawakan iklan Merdeka yang dilakonkan tiga orang kanak-kanak bawah 12 tahun yang menjawab mengenai Merdeka. Memang lucu dengan keletah dan jawapan mereka. Kalau nak tahu apa sebenarnya Merdeka, jangan lupa tonton sampai habis. Ayuh bangkitkan semangat patriotik lebih dalam diri dengan faham makna sebenar Kemerdekaan.

Sekian 
Kredit : Youtube

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post