Cara Buat Aiskrim Bendera Malaysia Jalur Gemilang Sempena Merdeka

Bersempena dengan bulan kemerdekaan Malaysia ni, apa kata kita bangkitkan semangat patriotisme kita dengan mengibarkan bendera Malaysia. Dari luar rumah dan sampailah ke makanan kalau boleh semua kena ada unsur bendera Malaysia.



Jadi Ramai yg tny cara2 buat Aiskrim Malaysia Jalur Gemilang, so hari ni jom kita selongkar resipi ais krim Malaysia truly Jalur Gemilang

🇲🇾 Aiskrim Malaysia Jalur Gemilang 🇲🇾

Bahan:
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air
1/2 cawan gula
3 sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
1 sudu teh serbuk jelly/serbuk agar agar
Esen vanilla
Garam
Strawberry filling
Pewarna biru dan kuning



Cara cara penyediaan:
• Campurkan susu pekat, susu cair, air, esen vanilla dan garam. Masak hingga mendidih.

• Masukkan bancuhan tepung jagung dan serbuk jelly. Didihkan sekejap kemudian tutup api.

• Sementara tunggu bancuhan susu sejuk, paipkan strawberry filling ke dalam plastik aiskrim. Buat corak melintang.



*Nk guna jem pn boleh, tp lg sedap dan cantik guna strawberry filling. Boleh beli kt kedai bahan bakery.


Paipkan strawberry filling ke dalam plastik dan buat corak melintang


 
• Bahagikan bancuhan susu kepada 3 warna, putih biru dan kuning.


• Untuk lapisan pertama, masukkan warna putih. 
guna klip roti utk elakkan bancuhan bercampur warna. Buka klip perlahan lahan tau, aiskrim ni manja sgt kena byk sabar


    Kemudian warna biru dan akhir sekali warna kuning. 
 
 

• Ikat aiskim, dan bekukan 😊 
Lg 1 tip taknak warna bercampur.. susun aiskrim berdiri dan bekukan


 
Tips:
• Sejukkan bancuhan susu dalam peti ais, supaya warna tidak mudah bercampur.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post