Immortal Songs merupakan program hiburan adaptasi popular dari Korea Selatan yang bakal mengabungkan kesemua penyanyi baharu dan lama beraksi di atas pentas pada setiap minggu selama tujuh episod bermula 30 Ogos 2020.

Seramai 42 penyanyi menyahut cabaran dalam menggubah semula lagu ke genre muzik yang lain dari karyawan muzik lagenda. Perlu diakui bukan mudah untuk setiap penyanyi ini menggubah muzik yang sudah pastinya mencabar bakat kreativiti masing-masing.
BARISAN PENYANYI & LAGENDA MENGIKUT EPISOD
Immortal Songs (2020)
Episod 1
Tarikh Siaran : 30 Ogos 2020
Lagenda : Ning Baizura
Artis : Wany Hasrita, Akim & The Majistret, Hael Husaini, NEETA, Ippo Hafiz & Syafiq Farhain
Episod 2
Tarikh Siaran : 6 September 2020
Lagenda : Ella
Artis : Naim Danial, Sarah Suhairi, Aman Aziz, Insomniacks, Kaka Azraff & Naqiu
Episod 3
Tarikh Siaran : 13 September 2020
Lagenda : Fauzi Marzuki
Artis : Lugman Faiz, Kugiran Masdo, Amir Masdi, Fieya Julia, Azmi Saat & Tajul Arif
Episod 4
Tarikh Siaran : 20 September 2020
Lagenda : Dato M Nasir
Artis : Sufian Suhaimi, Yonny Boi, Stacy, Shiha Zikir, Zizi Kirana & Haikal Farid
Episod 5
Tarikh Siaran : 27 September 2020
Lagenda : Dato Khatijah Ibrahim
Artis : Muna Shahirah, Daniesh Suffian, De Fam, Aina Abdul, Ariff Bahran, & Irfan Haris
Episod 6
Tarikh Siaran : 4 Oktober 2020
Lagenda : Jeffrydin
Artis : Kucaimars, Floor 88, Haqiem Rusli, Aiman Tino, Sharul & Indah Ruhaila
Episod 7
Tarikh Siaran : 11 Oktober 2020
Lagenda : Fauziah Latif
Artis : Khai Bahar, Ernie Zakri, Syamel, Adzrin Ameruddin, Adira & Layla Sania
Penaja
Farm Fresh, pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu tempatan bertindak selaku penaja utama.
Pengacara
Ain Edruce bakal mengemudi pentas utama sebagai hos
manakala belakang pentas bakal digamatkan dengan gandingan pengacaraan Fad Bocey & Amy Mastura
Format Penjurian
Penilaian sepenuhnya berdasarkan oleh juri berdasarkan gubahan muzik yang dilakukan para peserta.
Waktu Siaran
Jangan lupa saksikan Immortal song lagu lama menyengat semula Setiap ahad jam 9.00 malam di TV3