Siapa Agaknya Di Sebalik 12 Kostum Peserta The Masked Singer Malaysia (2020)

‘The Masked Singer Malaysia’ yang menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, ‘The King of Mask Singer’ bakal muncul di kaca televisyen anda. Sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri ini akan mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian daripada para peserta.

 


Untuk 8 minggu berturut-turut, 12 selebriti akan membuat persembahan di mana mereka akan menyanyi sambil mengenakan kostum yang akan merahsiakan identiti mereka, bukan sahaja susuk fizikal, malah suara bercakap juga akan diubah. 

Terdapat 12 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta, iaitu Musang King, Nasi Lemak, Orang Utan, Rajah Brooke, Wau Bulan, Air Batu Campur, Burung Enggang, Ayam Jantan, Rhino Sumatera ‘Reno’, Harimau Belang, Rafflesia dan Bunga Raya.
 
1. Wau


2. Rimau


3. Reno


4. Rafflesia


5. Orang Utan


6. Musang King


 7. Enggang


8. Bunga Raya


9. Ayam Jantan


10. ABC


11. Rajah Brooke

 

12. Nasi Lemak





Seramai sembilan orang figura yang hadir dari latar belakang berpengaruh dalam industri telah diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap.

Mereka adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Sesungguhnya sepanjang program, identiti sebenar barisan peserta dirahsiakan dan tidak diketahui semua yang terlibat dalam program ini termasuk hos, barisan panel juri mahu pun ratusan krew yang terlibat waima hanya 8 orang sahaja yang diberi amanah untuk menyimpan rahsia.

Hanya peserta yang menerima markah terendah akan disingkirkan pada akhir rancangan, di mana selepas pengumuman penyingkiran dibuat, baharulah peserta berkenaan menanggalkan topeng dan mendedahkan identitinya buat pertama kali di hadapan semua.

Wow! Rahsia sungguh ni. Siapakah mereka di sebalik kostum itu? Mungkinkah mereka ini artis dan selebriti kegemaran anda?

Saksikan program yang bakal mencetuskan fenomena ini di Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) mulai 18 September 2020, setiap Jumaat, jam 9 malam!

Kredit : AstroGempak

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post